Friday 6 September 2013

"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak ilmu itu yang membezakan - Murshidul Am Pas TGNA

Sabtu, 7 Sept 2013
Penyandang jawatan Tim Pres dan Naib Presiden Pas akan kecundang dalam muktamar Pas akan datang?
Penyandang jawatan Tim Pres Pas Haji Muhammad Sabu dijangka dapat tentangan sengit kali ni daripada tim ulama yang dijangka bawa masuk muka baru diperingkat nasional iaitu Nik Amar yang juga TMB Kelantan.Ada juga ura-ura bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man juga berminat dengan jawatan tersebut sekiranya Nik Amar tidak bertanding jawatan Tim Pres dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas dalam muktamar akan datang.
Golongan yang pro ulama dan ustaz kini termasuk di peringkat Pemuda sedang bekerja keras dengan mengadakan pelbagai program seperti Liqa dan Multaqa sebagai kempen secara halus untuk naikkan golongan ustaz dan ulama dalam pucuk pimpinan tertinggi Pas.Tambah-tambah pulak pungkoq jadi semakin kembang kerana ramai tim ustaz menang dalam pru 13 yang lalu!

Seterusnya bagi perebutan jawatan Naib-Naib Presiden tim pro ulama sudah ada nama senarai calon yang dijangka dinaikkan duduk kerusi Naib-Naib Presiden,antara nama yang disebut-sebut ialah Ustaz Abu Bakar Chik,Ustaz Idris Ahmad dan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menentang tim bukan ulama iaitu Husam Musa,Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub yang kini memegang jawatan Naib Presiden.

Jawatan Presiden Pas dijangka tiada pertandingan dan terus kekal di tangan TGHA.
Sementara itu Murshidul Am Pas TGNA dilaporkan berkata ,"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Bayangkan jika Tim Pres Ustaz,Naib-Naib Presiden ustaz,AJk Pas Pusat ustaz dan ustazah..syok la!
Bayangkan jugak jika yanga ada gelaran ustaz dah nazak dan kritikal tapi masih menang jawatan YDP kawasan nak kira lagu mana.Yang bodo bukan yang dilantik tapi silap orang yang memilih konon-kononya perjuangan Islam ni tak ada persaraan..awat..kalau tak ada jawatan ingat tak boleh berjuang?
Posted by MISAIMERAH at 10:51 PG

1 comments:
Tanpa Nama
7 September 2013 12:53 PTG
benar Pas perlukan kepimpinan ulamak, jangan lah calon kesemua ahli yang pandai bersyarah, pilih lah bolih buat dasar. zaman nabi dulu pun sahabatx yang yerdiri dari berbagaix kepakaran. baru lah beloh di terjemahkan menjadi sasuatu yang diharapkan olih penyokong.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena