Friday 1 June 2018

[Video Agama & Budaya-PENGERUSI DAP JOHOR BERSAMA Dr Maza dalam Forum Ramadhan] Ting akan serah semula cadangan projek Langkawi bernilai RM30b.

Sabtu, 2 Jun 2018

Ting akan serah semula cadangan projek Langkawi bernilai RM30b

Pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing, akan menyerahkan cadangan baharu kepada kerajaan negeri Kedah berhubung pelan membangunkan projek Bandar Baharu Langkawi bernilai RM30 bilion.
Terletak di kawasan tanah tebus guna seluas 81 hektar, ia akan menjadi projek pembangunan hartanah terbesar di utara Semenanjung Malaysia, katanya.
“Apa pun yang diminta kerajaan negeri kita akan mematuhinya, seperti yang telah kita lakukan pada masa lalu dengan kerajaan negeri (sebelum ini),” katanya kepada pemberita sebagai jawapan kepada kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam bahawa, kerajaan negeri belum menerima cadangan berhubung projek itu.
Mukhriz berkata, cadangan sebelum ini yang diserahkan Ting sewaktu beliau menjadi menteri besar antara 2013 dan 2016 tidak lagi sah kerana ia tidak disertakan dengan deposit yang diperlukan untuk semua projek mega di negeri itu.
“Dari sudut pandangan kerajaan negeri, cadangan asal itu tidak lagi dipertimbangkan. Sebarang cadangan baharu perlu diserahkan kepada kerajaan negeri untuk semakan,” tambahnya.
Bagaimanapun, Ting mendakwa bahawa, beliau tidak mengetahui mengenai keperluan untuk menyediakan deposit apabila menyerahkan cadangan pembangunan kepada kerajaan negeri.
“Saya tidak tahu. Ini adalah projek berbilion ringgit dan apa deposit yang mereka mahukan? Mereka harus biarkan pemaju menggunakan wang itu untuk kerja berkenaan dan bukannya menyimpan deposit itu di dalam bank,” kata usahawan berusia 75 tahun itu.
Mukhriz juga berkata bahawa, kerajaan tidak akan menyukarkan mana-mana pihak untuk melabur dan melaksanakan pembangunan di negeri itu dan akan memberikan kerjasama bersesuaian serta bantuan bagi memastikan kejayaan mana-mana usaha baharu.
“Pada masa sama, kami mengambil pendirian tegas dan mahukan pemaju mematuhi semua syarat dan peraturan berkenaan kesan sosial, alam sekitar dan ekonomi.
“Walaupun kami mesra perniagaan dan pelabur, kesan terhadap tiga bidang ini tidak akan dikompromi,” tambahnya.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena