Friday 1 June 2018

[Video Tun Dr. Mahathir Mohamad: "Maaf lambat sikit ucap... saya sibuk"] Kerosakan dilakukan BN luar jangka.

Selasa, 2 Jun 2018


Kerosakan dilakukan BN luar jangka, kata Dr Mahathir

Kerosakan dilakukan BN luar jangka, kata Dr Mahathir
Kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 1 Jun, 2018.

KEROSAKAN yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam ini.
Katanya kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari.
"Kita mencapai kemenangan yang membawa bebanan yang besar. Sebelum itu kita tidak tahu setakat mana kerosakan itu,” katanya semasa berucap di majlis berbuka puasa bersama rakyat Langkawi di Masjid Al-Hana di Langkawi.
Ini merupakan majlis pertama rasmi Dr Mahathir di sini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Dr Mahathir sendiri memenangi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya itu dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad.
Dr Mahathir yang turut diiringi isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir di majlis itu turut menyatakan penghargaannya kepada pengundi di Langkawi kerana memilih PH dalam PRU14.
Katanya PRU14 telah menyebabkan perbalahan politik semakin meningkat tetapi suasana ini tidak boleh menyebabkan hubungan sosial di antara anggota masyarakat tergugat.
“Saya harap dengan selesainya pilihan raya ini masyarakat di Langkawi dapat bercantum semula. Janganlah jadi terlalu marah sehingga tidak dapat berbaik semula,” katanya.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang itu, beliau bersama isteri dan Mukhriz turut menyampaikan sumbangan Yayasan Islam Negeri Kedah kepada golongan yang memerlukan di sini.
Dr Mahathir tiba di Langkawi petang ini dari Kuala Lumpur dan memulakan acara rasminya dengan mengadakan pertemuan dengan ahli Bersatu dan persatuan Hindraf di Langkawi. – Bernama, 1 Jun, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena