Taumpang sekole.
Susun Katil & Edar Aiskrim Di Depan SUK Selangor, Jamal Yunos Buat Hal Lagi Lari,
lari, lari nak ke mana?
Jamal sudah lari ke Tanjong Balai, kata laporan
JAMAL Yunos dipercayai sudah melarikan diri ke Indonesia dua hari selepas bolos dari tahanan reman di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor minggu lalu, lapor Sin Chew Daily.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu kini bersembunyi di Tanjung Balai, Karimun Besar, di barat daya pesisir Johor, lapor portal akhbar berbahasa Mandarin itu, memetik sumber.
Polis Selangor semalam mengumumkan akan memohon waran tangkap ke atas pemimpin akar umbi Umno yang kontroversi itu selepas berdegil enggan memberi kerjasama untuk membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmad berkata polis sudah memberikan peluang dan masa kepada Jamal menyerah diri untuk membantu siasatan berkaitan dirinya tetapi ketua Geng Baju Merah itu enggan bekerjasama.
0 comments:
Post a Comment