Tuesday 5 June 2018

[Video SINGAPURA AKAN KEMBALIKAN WANG 1MDB] Patriot ziarah Lim Kit Siang bincang kerjasama demi perpaduan negara.

Rabu, 6 jun 2018

Patriot ziarah Lim Kit Siang bincang kerjasama demi perpaduan negara


okoh veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menerima kunjungan hormat Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP.
Kunjungan ini diketuai oleh presidennya, Brigadier General (B) Dato Mohamed Arshad Raji bersama Pengarah Komunikasi Patriot, Kapten (B) Dr Wong Ang Peng dan Bendahari Kehormatnya, Lt Kol (B) Ramli Mohamad.
Pertemuan itu membincangkan tentang sebarang kerjasama seterusnya untuk mengembalikan dan membina semula Malaysia berlandaskan prinsip majmuk dan keharmonian.
Arshad dan delegasi Patriot turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Pakatan Harapan yang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.
Patriot merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 2017 dan dianggotai oleh pesara pasukan keselamatan tentera dan polis.
Sepanjang penubuhannya, Patriot banyak menyuarakan isu berhubung kepentingan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara. Ini termasuk  membela kepentingan pasukan keselamatan negara.
Selain agen semak imbang kerajaan, pada PRU14, Patriot juga telah memainkan peranan besar dalam proses pendemokrasian negara apabila menyokong gesaan BERSIH 2.0 yang menggesa kerajaan agar memansuhkan undi pos.
Patriot juga pernah menegur bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu apabila dilihat cuba membangkitkan keresahan rakyat khususnya Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja dengan mendakwa sebarang kemungkinan pasukan tersebut dimansuhkan sekiranya Pakatan menubuhkan kerajaan. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena