Tuesday 5 June 2018

[Video Skandal baharu RM8.25 bilion 1MDB didedahkan] Dah, hampir 1 bulan buang masa kerajaan PH hdk menyelesaikan hal suami isteri kleptokrasi Malaysia & NFCorp kaji selesai kes Rafizi dengan cara baik, pulak!

Rabu, 6 Jun 2018

Hampir 1 bulan buang masa kerjaan PH utk hdk menyelesaikan hal suami isteri kleptokrasi Malaysia
Foto Suara Rakyat.

NFCorp kaji selesai kes Rafizi dengan cara baik

NFCorp kaji selesai kes Rafizi dengan cara baik
Peguam Noor Farhah Mustaffa, yang mewakili NFCorp dan Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata pihaknya dalam rundingan bagi menyelesaikan perkara itu (memulakan prosiding menghina mahkamah) sekiranya Rafizi Ramli bersetuju untuk mengeluarkan artikel berhubung National Feedlot Corporation (NFC) daripada blog dan akaun Facebook beliau. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2018.
NATIONAL Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya akan meneliti kemungkinan untuk menyelesaikan secara baik permohonan mereka bagi memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli.
Peguam Noor Farhah Mustaffa, yang mewakili NFCorp dan Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata pihaknya dalam rundingan bagi menyelesaikan perkara itu (memulakan prosiding menghina mahkamah) sekiranya Rafizi bersetuju untuk mengeluarkan artikel berhubung National Feedlot Corporation (NFC) daripada blog dan akaun Facebook beliau.
"Anak guam saya akan menarik balik permohonan itu sekiranya Mohd Rafizi bersetuju untuk mengeluarkan artikel berkenaan, " katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamad hari ini.
Peguam itu berkata mahkamah juga menetapkan 13 Jun untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah berhubung status rundingan berkenaan.
Pada 23 Mei 2017, Salleh dan NFCorp memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Rafizi selepas bekas ahli Parlimen Pandan itu sekali lagi menerbitkan artikel berhubung NFC walaupun terdapat perintah mahkamah yang menghalangnya berbuat demikian.
Rafizi turut memohon untuk mengetepikan prosiding menghina mahkamah yang diperoleh Salleh dalam kes saman difailkan Salleh dan NFCorp terhadap Rafizi berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. 
Pada 31 Oktober 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman yang difailkan  Salleh dan NFCorp selepas mendapati Rafizi memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, dan memerintahkan Rafizi membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada kedua-dua plaintif.
Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Salleh dan NFCorp terhadap Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan. – Bernama, 5 Jun, 2018. 
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena