Wednesday 12 December 2018

[Video Ada permintaan BERSATU masuk Sabah - Muhyiddin] Era pemerintahan UmnoBN & PM, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung 'Lubuk Segala KEROSAKAN Negara' & Luahan hati Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sekarang.

Rabu, 12 Disember 2018
Era Pemerintahan UmnoBN lubuk segala KEROSAKAN
Image may contain: 10 people, people smiling, text
Image may contain: 1 person, text
Semasa PM, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung kerosakan kewangan negara berlaku secara sistematik dan meluas.
Berita buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi. Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu, satu demi satu skandal kewangan terbongkar. 

Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan, iaitu di bawah telunjuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas. 
Related image
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH). Daripada apa yang kita dengar, senarai ini akan menjadi lebih panjang. Felda tenat kerana Mohd Najib, atas nasihat konco-konconya yang tamak, menjual harta Felda dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012. 

Tujuan tersiratnya adalah mengumpul dana untuk pilihan raya umum 2013 bagi pihak Barisan Nasional sambil mengisi kocek konco, kawan dan rakan. Ladang dan aset Felda yang dulunya digunakan untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh dipindahkan kepada FGV. 

Oleh sebab kaedah korporat yang tidak lestari serta penyelewengan oleh pengurusan, harga saham FGV jatuh merudum – daripada harga IPO RM4.55 kepada 77 sen sekarang – dan ia gagal menjana pendapatan tambahan untuk Felda. 

Akibat manipulasi korporat melalui FGV inilah Felda mengalami kerugian besar dan hilang kemampuan untuk membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh. Sebaliknya Felda kini terpaksa menjalani proses pembersihan dan pembinaan semula. 

Giliran Tabung Haji 

Sekarang giliran TH pula. Apa lagi hendak kita katakan apabila tabung simpanan untuk mengerjakan haji dan memperkukuhkan ekonomi umat Islam pun dinodai? 

Buat sekian lama kita mendengar berita dan dakwaan mengenai penyelewengan dan pelanggaran urus tadbir dalam TH, khususnya apabila orang kesayangan keluarga Najib, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, dilantik menjadi Pengerusi pada bulan Julai 2013. 

Tetapi semuanya dinafikan dan orang yang membuat pendedahan dikutuk dan dikenakan tindakan. Media massa arus perdana turut bersubahat menghebahkan yang salah dan membenamkan yang benar. 
A Kadir Jasin
Tumpang sekole.

Luahan hati ahli lembaga pengarah Tabung Haji

Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji. Ini menunjukkan kita sayang kepada organisasi ni. Secara ringkas, saya simpulkan:
Lembaga Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper (PWC), iaitu sebuah firma audit antarabangsa yang bebas politik dan mempunyai kredibiliti untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji (TH).
Tiada arahan untuk mencari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat sebenar. Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana dalam laporan kewangan.
Sahabat-sahabat boleh lihat nota lembaga pengarah dalam dokumen yang dibentangkan dalam parlimen. Boleh minta dari mana-mana ahli parlimen terdekat.
"Kawal Selia" oleh Bank Negara bukan bermaksud Tabung Haji akan berada di bawah Bank Negara (BNM).
Tiada dalam Akta Tabung Haji yang menyatakan bahawa Tabung Haji berada bawah BNM.
Cuma lembaga pengarah mahukan secara self regulated, dari segi urus tadbir, untuk BNM buat audit ke atas operasi TH. Sebagaimana BNM buat audit ke atas semua bank-bank komersial yang lain. Melalui audit tersebut, salah silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan.
Dalam bab ini, BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat dilakukan.
Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan. Ia menjalankan tugas berpandukan Akta Bank Negara.
"Kawal selia' ini tidak bermaksud TH di kawal oleh BNM. Semua keputusan akan dibuat oleh TH sebagaimana diperuntukkan oleh Akta TH.
Sepanjang lebih kurang empat bulan saya dalam lembaga pengarah tabung haji, dengan mesyuarat lembaga dan jawatankuasa lembaga yang hampir setiap minggu, saya boleh sahkan bahawa tiada lansung campur tangan politik, Mujahid Yusof, apatah lagi menteri kewangan.
Untuk makluman, sebelum dilantik, ana telah dipanggil oleh CPE. Selepas sesi "berkenalan", mereka maklumkan hasrat untuk melantik saya ke dalam lembaga pengarah TH dengan mandat:
"Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah".
Alhamdulillah, dengan mandat tersebut, ana bersetuju. Saya nampak, begitu juga pendirian ahli-ahli lembaga yang lain.
Doakan kami semoga dapat menunaikan amanah yang berat ini sebaiknya.

PROF DR ASHRAF MD HASHIMAhli Lembaga Pengarah Tabung Haji
Ahli Komiti Shari’ah International Islamic Liquidity Management Cooperation
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Ahli Komiti Shari’ah Tabung Haji
Ahli Persatuan Perbankan Islam Malaysia
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena