Tuesday, 11 December 2018

[Video Peja Berlakon Bawah Arahan Pok Ya Congcodei] MB Perak seperti tikus baiki labu? Politik Perak akan terus bergolak selagi Peja kekal berlakon dalam politik.

Rabu, 12 Disember 2018

MB Perak Kini Berlakon Bawah Arahan Pok Ya Congcodei

Image result for Gambar Peja berlakon
 Peja kelihatan memakai jubah, berkopiah dan berselimpang dengan serban di bahu 
Sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah berlakon sebagai pemandu teksi dalam satu video yang viral beberapa tahun lalu. Nampaknya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut tidak ketinggalan menonjolkan bakatnya berlakon.
Perkara itu dikongsikan Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh di laman Facebooknya baru-baru ini.
Image result for Gambar Peja berlakon
MB Perak seperti tikus baiki labu... 
Image result for Menurut perlembagaan negeri Perak MB mesti seorang Melayu beragama Islam.
Sejarah MB Perak tidaklah terkenal seperti labu Sayong. Dulu ada Ramli buah ketior, Shaari kopi, dan bila PH berkuasa nama Peja jadi MB merangkap pelakon. Banyak orang Perak berpendapat Peja lebih layak jadi pelakon dari seorang MB Perak yg berat tanggungjawabnya. Sebagai pelakon, kata mereka, dia boleh ambil apa saja peranan termasuk jadi beruk, buaya tembaga atau sitolol dapat bunga. Ada juga orang Perak yang cerdik bertanya kalau Peja menipu dia ada ijazah apakah itu juga suatu lakonan? 

Mungkin watak pelakon buat dia takut menghadapi ketua-ketua bahagian Bersatu dan para adun dari DAP, PKR dan Amanah yang tahu dia banyak berlakon dalam tindak-tanduk politiknya. Dia tahu dia tidak boleh menipu para pemimpin politik Perak yang mengenali latarbelakangnya. Mereka tahu siapa sahabat karibnya, dimana mereka berkumpul, dan apa mereka lakukan dalam kumpulan itu. Mungkin juga pihak polis pun tahu tapi buat tak tahu kerana dia kini seorang MB. 

Daki-daki UMNO yang berpaut seperti lintah kerbau padanya mengambil kesempatan untuk merebut berbagai projek di negeri itu. Bapak mertua Radzi Manan (bawah) dianggap sebagai 'godfather' yang lebih menyibuk dari menantu yang masih meroyan dengan kuasa yg tak pernah dimimpikan. Banyak orang berpendapat Peja bukan MB material.  
Image result for Radzi Manan
Dia pelakon untuk filem tempatan saja. Tun Mahathir dan TSMY dikatakan buat pilihan tidak tepat melantik Peja sebagai MB. Kalau tuah ayam dilihat pada kakinya, dan burung merbuk pada suaranya tuah Peja entah dimana. Banyak orang Perak terkejut bin hairan seorang pelakon amatir boleh dipilih oleh pucuk pimpinan Bersatu jadi MB. 

Ada orang UMNO berkata mereka lebih suka Peja jadi MB dari Zambry yang punya PhD. Pejabat MB dikatakan lebih banyak dilawati orang UMNO dan Radzi Manan dari para pemimpin Bersatu atau lain-lain ahli PH. Kononnya orang UMNO lebih mudah berkira dengan Peja dari Zambry, kata mereka. Oleh itu janganlah hairan bin terkejut kalau UMNO lebih suka Peja jadi MB dari orang lain. 

Politik Perak akan terus bergolak selagi Peja kekal berlakon dalam politik. Kalau Tun Mahathir atau TSMY ingin tahu kedudukan politik sebenar sila datang ke Perak, dan bertemu dengan semua adun PH dan juga ketua-ketua bahagian Bersatu. Tun Mahathir dan TSMY jangan terbeliak mata kalau ketua-ketua Bersatu meluahkan segala kongkolikong mainan pelakon ini. Sebelum nasi menjadi bubur mereka harap Tun Mahathir dan TSMY jumpa dengan para pemimpin politik di Ipoh. Dengar rintihan mereka. Ingat apa yang Peja tanam itulah Peja dapat. kalau dia tanam lalang masakan tumbuh padi. Betul tak? Kalau dia syok jadi pelakon tentulah dia tak boleh jadi MB yang terbaik? Betul tak? - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.

1 comments:

aquamas said...

secara jujur beliau dikelilingi oleh juragan umno...bapak mertua, kakak ipar ...kesemua mereka ini bolehlah dikatakan amat tidak disukai oleh rakyat marhaen atas banyak sebab terutama hal hal ketamakan..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena