Sunday 2 December 2018

[Video Netizen Sekolahkan PAPAGOMO (adoooh)] Rugi? Dijual? Atau disonglap? KECURANGAN yang tidak sepatutnya dilakukan Ketuanan Melayu! Tabung Haji woiii Tabung Haji.

Isnin, 3 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Image may contain: 1 person, text

TABUNG HAJI OH TABUNG HAJI....

Satu lagi kecurangan yang tidak sepatutnya berlaku dalam Tabung Haji terdedah kepada kita semua.

Selepas dua laporan polis oleh Tabung Haji terhadap bekas Pengerusinya, Abdul Azeez Rahim dan beberapa pengurusan kanannya pada Jumaat lalu, sebuah akhbar di Singapura membuat satu lagi pendedahan mengejutkan mengenai agensi untuk membawa jemaah haji ke Mekah itu.

Menurut laporan itu, Tabung Haji telah memalsukan buku akaunnya semata-mata untuk menunjukkan prestasi yang baik bagi pembayaran dividen yang dibuat sebelum PRU14 lalu.

Pada ketika itu, dividen yang diumumkan ialah 6.25 peratus dengan jumlah pembayaran ialah RM2.7 bilion daripada kentungan bersih yang kononnya diraih sebanyak RM2.8 bilion.

Pembayaran dividen itu dibayar tiga bulan sebelum tarikh pilihanraya umum yang lalu.
Perbuatan memalsu atau dalam erti kata lain menipu dalam buku akaun itu semata-mata untuk mewajarkan pembayaran yang tinggi kepada pendeposit sebelum PRU14 itu jelas menunjukkan Tabung Haji turut dipergunakan untuk kepentingan politik UMNO dan BN sebelum ini.

Siapakah yang memberi arahan memalsukan buku akaun itu?

Adakah ia atas arahan Abdul Azeez Rahim selaku Pengerusi Tabung Haji ketika itu?

Atau Abdul Azeez sendiri diarahkan oleh seseorang lain yang lebih atas daripadanya?

Kenapa dipalsukan?
Keuntungan berkurangan atau kerana adanya "kong-kali-kong"?

Jika tidak dipalsukan akaunnya, berapakah agaknya keuntungan sebenar Tabung Haji ketika itu?

Selain itu, dalam pendedahan akhbar Singapura itu, turut didedahkan bahawa nilai aset Tabung Haji telah berkurangan sebanyak RM4 bilion sejak 2017 berbanding RM64 bilion yang dimasukkan oleh pendeposit.

Jumlah kekurangan aset itu dikatakan akan terus membesar selepas tahun 2017. 

Ke mana hilangnya aset-aset tersebut?

Rugi? Dijual? Atau disonglap?

Tabung Haji atau LUTH - kedua-duanya adalah nama yang sama bagi sebuah agensi suci yang dinamakan "Lembaga Urusan Tabung Haji" yang diwujudkan untuk memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima.

Siapa dan sejak bilakah wujudnya "lembaga" yang tidak tahu malu dan tidak henti-henti membuat onar serta kecurangan dalam Tabung Haji? (ShahbudinHusin 03/12/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena