Saturday 1 December 2018

[Video Pas Perjalanan Tanpa Had My100 & My50 Dilancarkan] FGV saman Isa, bekas CEO berkaitan kondo mewah.

Sabtu, 1 November 2018

FGV saman Isa, bekas CEO berkaitan kondo mewah

FGV Holdings Bhd memfailkan saman terhadap bekas pengerusinya, Mohd Isa Samad dan bekas presiden kumpulan, Mohd Emir Abdullah berhubung pembelian kondominum mewah berharga RM12 juta yang didakwa dibeli melebihi nilai pasaran.
Ini merupakan saman kedua difailkan terhadap Isa dan Emir oleh anak syarikat Felda itu dan perkara itu dinyatakan menerusi notis yang dihantar kepada Bursa Malaysia bertarikh 30 November.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu mendakwa kedua-dua defendan membeli dua unit kondominium di Troika, Kuala Lumpur bagi pihak FGV dengan harga di atas nilai pasaran dan tanpa usaha wajar.
Saman itu juga mendakwa Emir menyalahgunakan faedah petrol dan kenderaan syarikat, selain menggunakan kemudahan tersebut tanpa kebenaran.
Sehubungan itu FGV Holdings menuntut RM4.54 juta daripada kedua-dua defendan berhubung pembelian kondo berkenaan dan RM3.15 juta daripada Mohd Emir atas dakwaan menyalahgunakan kenderaan syarikat dan faedah petrol.
Pada 23 November, FGV memfailkan saman ganti rugi mencecah RM514 juta terhadap 14 bekas pengarah termasuk Isa dan Mohd Emir berkaitan pemerolehan 100 peratus kepentingan dalam Asian Plantation Limited (APL) menerusi tawaran tunai sukarela bersyarat pada 2014.
Isa, 67 yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan sebelum ini turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pembelian dua hotel oleh Felda Invesment Corporation (FIC) di London dan Kuching.
Ekoran penahanan itu SPRM dilapor menyerbu rumah serta pejabat Isa dan merampas wang bernilai RM100,000 dari peti simpanan di kediaman beliau.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena