Saturday 1 December 2018

[Video Tun M Naik LRT! BUKAN KEMAIN lagi] Dr Mahathir cipta sejarah lancar BERSATU di Sarawak.

Sabtu, 1 Disember 2018

Dr Mahathir cipta sejarah lancar BERSATU di Sarawak

KUCHING: Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di Dewan Suarah Bintulu, esok turut mencipta sejarah baharu di mana parti disertai Perdana Menteri, buat pertama kali bertapak di Sarawak.
Sebelum tumbangnya UMNO/ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu, parti UMNO yang mendominasi kerusi Perdana Menteri sejak enam dekad, tidak ‘dibenarkan’ masuk di Bumi Kenyalang.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU, terus memecahkan tradisi apabila dijadualkan melancarkan penubuhan BERSATU, parti yang diasaskannya, masuk ke Sarawak, sekali gus melengkapkan kehadiran semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Mengikut data terkini, jumlah keahlian tidak rasmi BERSATU Sarawak kini sudah mencapai angka 30,000 ahli di semua 31 kawasan Parlimen di Sarawak.
Hanya selepas enam bulan berakhirnya PRU-14, barulah BERSATU bersetuju melancarkan parti itu di Bumi Kenyalang, dengan membawa agenda lebih ‘niche’ untuk membela sosio ekonomi masyarakat luar bandar, termasuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil.
Walaupun begitu, BERSATU tidak mahu tergesa-gesa mensasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mahu ditandinginya, menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) pada 2021.
Tiga kementerian dikuasai BERSATU adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar, diterajui Datuk Seri Rina Mohd Harun; Kementerian Pembangunan Usahawan (Mohd Redzuan) dan Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik).
Ketiga-tiga kementerian sangat berkait rapat dengan kehidupan rakyat Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan pastinya kelebihan itu berpotensi menggugat kedudukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjelang PRN-12 kelak, selepas PH dilihat masih kukuh menguasai kawasan bandar.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena