Saturday, 8 December 2018

[Video Tun M Tinjau Himpunan ICERD..Selepas Sejam Tamat] Roda itu berputar Najib ooii! ! Ke mana SYUKUR di himpunan Icerd semalam?

Ahad, 9 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Roda itu berputar Najib ooii! !

Ke mana syukur di himpunan Icerd semalam?

Himpunan Icerd yang berlangsung semalam sepatutnya berlaku dalam 'format' penganjur dan peserta menyertainya dengan penuh kesyukuran.
Memang itulah yang dijanjikan oleh penganjur, Gerakan Pembela Ummah (Ummah), ketika mereka bertegas mahu meneruskan himpunan itu pada hari Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd), 23 Nov lalu.
Tetapi, sepanjang tiga jam himpunan kesyukuran itu berlangsung semalam, yang kedengaran hanyalah: ancaman, amaran, seruan bangkit, serta doa agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipendekkan umur kerana berani cuba membawa Icerd ke parlimen.
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya memberikan amaran agar PH tidak main-main dan mengusik orang Islam.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula berpantun mengulang amaran yang pernah diucapkannya: agar lampu lampu merah jangan dirempuh, dan sarang tebuan jangan dijolok.
Jika tidak, kata Abdul Hadi, akan buruk dan besarlah padah menanti.
Baru 11 hari lepas, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan harapan agar himpunan itu dapat meredakan ketegangan kaum, dan bukan menyemarakkannya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena