Wednesday 5 December 2018

[Video Ustaz ini mendakwa perkataan melayu (mala'ul a'la) diambil dari Al Quran?] Rombongan 'Pak Mala-u' ke Jalan Raja.

Khamis, 6 Disember 2018
Ustaz Husam yang gempar sebelum ini kerana dilarang berceramah di salah sebuah Masjid di Kedah tampil dengan satu video yang tular di media sosial menyeru orang melayu bersepakat.
Beliau turut mendakwa perkataan melayu dipetik dari perkataan mala'ul a'la (yang sebenarnya merujuk kepada perkataan "malaikat" dalam Al Quran).
Foto Otai BERSIH.
Rasa macam nak bagi selipor jepun jek...
Otai BERSIH

Rombongan 'Pak Mala-u' ke Jalan Raja

Seorang peguam bukan Islam akhirnya membuka mulut bertanya kepada rakan kongsinya - iaitu bangsa Mala-u dan beragama Islam - tentang rutin pekerja di firma mereka.
Selesai waktu rehat tengah hari kakitangan mereka - terutama musimah - pada ketika tertentu akan mula bekerja lebih lambat berbanding yang lain.
"Memang sembahyang Zuhur kena buat lepas lunch-kah?" tanya peguam Cina itu.
Dia hairan kerana pekerja yang beragama Islam berbaris di surau pejabat selepas makan dan - jika semasa itu waktu Zuhur agak lewat - mula bertugas semula lambat daripada sepatutnya.
Peguam bukan Islam itu bertanya dan hairan kerana, apabila mengerjakan sembahyang Asar, pekerja yang sama tidak menunggu lama selepas azan berkumandang untuk ke surau.
Biasanya, lepas sembahyang dan bersiap, berkemas atau bersolek, jarum jam pun berjodohlah pada angka 5 dan 12. Masa untuk baliklah.
"Memang orang Islam boleh sembahyang lambat pada tengah hari, tapi tak boleh lambat masa petang?" tanya peguam Cina terbabit.
Dan akhirnya dia pun faham, dalam kamus sesetengah bangsa Mala-u, waktu rehat tengah hari khusus untuk makan-makan, sembang-sembang dan rehat-rehat.
Zuhur, nanti lepas jam 2 petang boleh buat. Takkan bos nak marah. Kalau marah, itu sudah satu tindakan mencabar hak orang Mala-u dan amalan Islam.
Silap-silap hari bulan, boleh angkat parang.
Tapi itulah, ketika ada ruang untuk orang Islam menunjukkan kehebatan dan kecemerlangan supaya terpancar akhlak yang mulia, kita biarkan ia berlalu dengan sia-sia.
2:
Mesej WhatsApp masuk. Ada gambar, ada klip video.
Ada ustaz berlabun tentang 'larangan' azan daripada kerajaan Pulau Pinang. Ia adalah klip dan kenyataan pada 2016. Dan dia sudah pun meminta maaf.
Pada akhir 2018 klip itu masih beredar. Malangnya ia tidak pula disertakan dengan berita betapa si ustaz terbabit sudah meminta maaf.
Dapat dibayangkan betapa banyaknya 'pahala' yang dikongsi daripada khabar palsu berantai tersebut.
Dan pada 2018 masih ada orang boleh percaya dengan mudah apa saja yang disuapkan ke mata mereka melalui mesej-mesej seumpama itu rupanya.
Tapi itulah, bangsa Mala-u ialah bangsa yang pantang disentuh akan apa-apa saja, waima kejahilannya.
3:
"Disiplin tulisan ini perlu dijaga sentiasa.
"Tulisan mestilah selaras dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar parti," kata Tuan Ibrahim Tuan Man pada suatu hari di akhir 2017. 
Beliau asalnya dilihat sebagai sedikit sinar harapan buat sesetengah penyokong PAS untuk membawa parti itu kembali ke aliran sederhana.
Anggota parlimen Kubang Kerian itu muncul selepas seorang pemimpin PAS peringkat kawasan - dan agak terkenal juga sebagai penceramah yang 'ranggi' - memuat naik tulisan dianggap kasar.
Dan lebih setahun kemudian kelihatan kian banyak tulisan yang lebih kasar dan provokatif disiarkan oleh sesetengah pemimpin PAS.
Tapi itulah, sekarang pun sudah semakin kurang kita mendengar slogan politik matang dan sejahtera itu.
Beliau pun sekarang menjangkakan akan tercapailah hasrat melihat 500,000 orang turun ke Jalan Raja pada Sabtu ini.
Mutaghayyirat-lah gamaknya.
Epilog:
Akan berhimpunlah umat Mala-u di Kuala Lumpur pada Sabtu ini. Ada dua hari saja lagi untuk orang Mala-u itu nak menyatakan kesyukuran masing-masing kepada terbatalnya cadangan meratifikasi Icerd itu.
"Sebelum kau nak sembang pasal Icerd, cuba bagitahu aku, apa makna konvensyen yang ada pada istilah Icerd tu," kata seorang peguam.
Dia berkata demikian sebab sudah ada yang 'mencucuk' untuk mengetahui apa pendiriannya.
Apakah maksud "konvensyen" itu? Sudah tentu ia tidak penting bagi umat terpilih al-Mala-u kerana apa saja keluar dari lidah dan bibir pemimpin mereka yang disegani, maka tidak ada yang tidak benar, melainkan benarlah semuanya.
Seperti hikayat asal-usul nama Melayu daripada ungkapan "mala-u" itulah. Abaikan apa kata mufti. Mufti bukan tahu bab-bab asal-muasal bangsa Mala-u.
Janji dan ikrar perdana menteri untuk tidak menerima Icerd wajib dicurigai kerana dia ialah pemimpin Pakatan Harapan (PH). Kata-kata para pemimpin PH mana boleh dipercayai, kan?
Lainlah kalau pemimpin Umno dan PAS.
Kalau Umno dan PAS, tunjuk jari tengah semasa ceramah atau kuliah pun, mana ada janggalnya. Malah kalau dikaji-kaji dengan dalam mendalam mungkin ada nas yang menghalalkan perbuatan tersebut.
Atau jika masa lebih lama digunakan untuk mengkaji mungkin ada maksud tersirat dan saling berkaitan antara amalan tunjuk jari tengah dengan asal-usul bangsa Mala-u itu.
Apa pun, himpunan Sabtu ini ialah pentas terbaik untuk bangsa Mala-u menunjukkan akhlak masing-masing sebagai umat yang terpilih dan mulia. Sudah tentu mereka sedar itu semua.
Mereka berhimpun untuk meluahkan rasa hati. Apakah adab dan kesopanan Melayu itu akan dijelmakan dalam himpunan tersebut?
Sebarang perbuatan atau ucapan provokasi, melampau, biadab dan seumpamanya sudah tentu bukan pilihan untuk dipamerkan kepada orang lain yang memerhati.
Dan mahu atau tidak, nama baik bangsalah yang menjadi cagarannya. Dan ia juga menjadi penentu sama ada mereka ialah bangsa Mala-u atau Melayu.
Kata nabi ribuan tahun dulu manusia yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya di saat marah. Tapi tunjuk jari tengah itu sudah tentu bukan tempias daripada kemarahan.
Dan kita juga sedar orang yang berani ialah manusia yang sedar serta mengakui kesilapannya.

AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang sedang melihat kemungkinan nama Pak Malau itu juga berasal dari kalimah "mala-u".
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Sebut saja malaun, bukankah lebih senang?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena