Friday, 11 September 2015

10 WAKIL RAKYAT KELANTAN pula pertimbang sertai AMANAH?

Jumaat, 11 September 2015

10 WAKIL RAKYAT KELANTAN PERTIMBANG SERTAI AMANAH? 

Ura-ura 10 orang wakil rakyat PAS Kelantan menyertai semakin bertiup kencang. Yang jelas Ahli Parlimen Tumpat memang seringkali hadir pada Program GHB dan sekarang Parti AMANAH Negara (AMANAH). 

Pemimpin PAS dan rakyat Kelantan menanti dengan penuh debaran siapa wakil rakyat Kelantan yang berhijrah ke AMANAH.  

Impak penghijrahan ini sangat besar  kerana menyebabkan majoriti kerusi PAS di Kelantan berkurang dan mungkin pemerintahan PAS di Kelantan tergugat.

 Antara wakil rakyat yang dituduh cenderung untuk menyertai AMANAH adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohd, Adun Tendong, Rozi Mamat; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim; Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman; Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof; Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan lain-lain.  

Samada benar atau tidak kita tunggu dan lihat sahaja nanti...bila sampai waktunya.  

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Kelantan Fadzli Shaari berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menggesa mana-mana wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan, menyatakan pendirian masing- masing.  

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pendirian mereka wajar diperjelaskan agar pengundi dapat membuat penilaian khususnya pada pilihan raya umum akan datang. 

"Kita juga mahukan Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (hari ini masuk PKR) nyatakan pendirian beliau sama ada masih mahu bersama PAS ataupun Amanah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelepasan kembara 'ASEAN Rides Festival 2015 Zon Timur' di perkarangan Kota Darul Naim di Kota Baharu, hari ini. 

Ahmad Fadhli mengulas mengenai dakwaan bahawa 10 orang wakil rakyat dari negeri itu dikhabarkan akan menyertai Amanah dalam masa terdekat. Ditanya mengenai pendirian Amanah Kelantan yang mendakwa mereka tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya umum akan datang di negeri itu, Ahmad Fadhli berkata PAS Kelantan akan sentiasa berwaspada. 

"Gerak kerja mereka hari ini, mereka turun ke kampung-kampung, beri penerangan, menunjukkan mereka seolah ada niat untuk bertanding. Jadi bagi kita, kita sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan kalau Amanah nak bertanding di Kelantan," katanya. 

Berhubung kerjasama antara PAS dan Amanah pada masa akan datang, beliau berkata ia tidak mungkin berlaku kerana dasar kedua-dua parti adalah berbeza. 

"Macam mana nak berbaik dengan PAS sebab mereka sendiri serpihan daripada PAS. Mereka seolah-olah menyatakan tidak setuju dengan dasar PAS itu sendiri. Saya kira ini hanya omong kosong daripada Amanah," katanya. 

Kita sebagai rakyat marhaen di negara kita amat berharap kerajaan Kelatan kekal dan istiqamah dengan perjuangan Islam.  
MUTALIGAT 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena