Thursday, 10 September 2015

Hadi enggan sertai Pakatan 2.0...“Kita tidak boleh hanyut"

Khamis, 10 September 2015
Hadi enggan sertai Pakatan, itu pandangannya, kata Azmin 
OLEH YASMIN RAMLAN
Published: 10 September 2015 4:03 PM
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini seakan-akan mengelak dari menjawab pertanyaan berhubung kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Rakyat yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini seakan-akan mengelak dari menjawab pertanyaan berhubung kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Rakyat yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.

"Tak apalah, itu pandangan dia (Hadi)," kata menteri besar Selangor itu kepada pemberita selepas menghadiri persidangan "Beyond 3R: A More Sustainable Solution For Selangor Waste Management" di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Hadi dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut. 
“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” katanya pada satu majlis di Bangi semalam.
Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Hadi juga tidak menolak kemungkinan parti Islam itu akan bergerak sendiri berdasarkan senario dalaman parti itu. 
Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan PAS akan bersendirian lagi selepas ini susulan kedudukan parti itu dalam gabungan parti pembangkang baharu yang bakal terbentuk masih tidak pasti.
"Dalam politik tiada yang mustahil," katanya,
Menurut Hadi, parti itu pernah bergerak sendiri sebelum ini tanpa bergantung dengan mana-mana parti komponen.
Katanya, pengalaman tersebut secara tidak langsung mematangkan PAS. – 10 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-enggan-sertai-pakatan-itu-pandangannya-kata-azmin#sthash.7yc5aYGL.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena