Masa depan rakyat Malaysia bakal lebih cerah bawah PH
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, orang Melayu akan kehilangan hak dan menjadi “terbangsat” di tanahair sendiri adalah pembohongan yang nyata.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib sepanjang Persidangan Agung Umno (Pau) 2017 yang diadakan di PWTC minggu lalu.
“Tidak ada rakyat Malaysia, apatah lagi orang Melayu yang jadi “terbangsat” jika Pakatan Harapan menang.
“Hakikatnya, rakyat Malaysia akan mempunyai masa depan yang lebih cerah, bebas daripada rasuah, kronisme dan juga GST. PH berpendirian GST perlu dihapuskan kerana ia membebankan rakyat,” kata beliau memetik kenyataan medianya yang disiarkan dalam blognya.
Sebaliknya pula, jika BN terus menang, masa depan Malaysia akan dicuri oleh mereka yang korup, para kroni dan penyokong-penyokong GST.
Dalam kenyataan itu Guan Eng melahirkan rasa kecewa atas sikap PM yang memainkan isu perkauman dan menakut-nakutkan rakyat supaya menjauhi pembangkang.
“Ini kali pertama Umno menyerang DAP dengan mengaitkan perkataan Cina, sikap buruk dalam politik yang secara tidak langsung menyerang masyarakat Cina.
“DAP tidak pernah menyerang Umno sebagai Melayu Umno atau Pas sebagai orang Islam Pas,” katanya.
Tetapi kata beliau, kenyataan PM yang sebegitu rupa sebenarnya untuk menyembunyikan rasa terdesak BN tentang kemungkinan besar mereka kalah dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Malaysia Dateline
|
Tuesday, 12 December 2017
[Video HENTIKAN RASUAH, TANGKAP KLEPTOKRASI! & Siapa Agen Komunis, BN Atau DAP?] Masa depan rakyat Malaysia bakal lebih cerah bawah PH.
Rabu, 13 Disember 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 4 Jun 2019 Jom Channel 1. RAKYAT SEDIH TANGGUNG HUTANG 1MDB 2. WALA' KEPADA PEMIMPIN PAS ATAU JADI SYAITAN BISU 3. SAMPAH IN...
-
[Video "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham] Isa Samad menggali kuburnya sendiri?Rabu, 7 Jun 2017 Isa Samad menggali kuburnya sendiri? 07 Jun 2017 | ULASAN oleh DR DZULKIFLY AHMAD Tindakan Tan Sri Isa Samad me...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Ahad, 9 Jun 2019 Jom Channel Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pert...
-
Ahad, 19 Mei 2019 Wajidi awal-awal larikan diri. Dulu kamu tu timb. Menteri agama. Rasa-rasa terancam tak Islam bila mana Timb Menter...
-
Ahad, 23 Februari 2014 Suhaizan Kayat Yesterday Saya pernah bawa isu pengorekkan pasir di Sungai Sayong Layang-layang Joh...
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Selasa, 11 Jun 2019 Jom Channel Bekas Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pusat KEADILAN dan jugaKetuaBiro Perundangan parti itu Latheefa Koya,...
-
Jumaat, 7 Jun 2019 KiniTV Pelantikan peguam dan bekas ahli PKR Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM mengejutkan ramai pihak, te...
-
Jumaat, 29 Julai 2016 Bukan Satu Tetapi Tiga Pegawai SPRM Ucap Selamat Tinggal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (...
0 comments:
Post a Comment