Wednesday 19 September 2018

[Video Kontrak bina Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) fasa 2 dibatalkan] DETIK2 Najib Di Tahan & Politik Pas bawa perpecahan orang Melayu bukan agama Islam, kata Mahathir

Khamis, 20 September 2018

DETIK2 Najib Di Tahan...


Foto Suara Rakyat.

Politik Pas bawa perpecahan orang Melayu bukan agama Islam, kata Mahathir

Politik Pas bawa perpecahan orang Melayu bukan agama Islam, kata Mahathir
Politik Pas yang membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya agama Islam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya perbuatan Pas itu tidak boleh dimaafkan di mana sebelum ada parti tersebut, orang Melayu tidak berpecah kerana agama.
“Hanya apabila PAS ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu. Demikianlah kelemahan orang Melayu sehingga Pas juga terpaksa meminta pertolongan orang-orang ‘kafir’,” katanya menerusi catatan di blog Chedet semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata Pas mendakwa parti itu tidak jadi ‘kafir’ meskipun bekerjasama dengan parti ‘kafir’ kerana kerjasama tersebut adalah “Tahaluf Siyasi”.
“Apa dianya Tahaluf Siyasi jika diterjemah ke Bahasa Melayu Maknanya ialah “kerjasama politik” dan ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Umno apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata bahasa Arab (Bahasa al-Quran) jelas diguna untuk mengislamkan kerjasama PAS dan orang ‘kafir’.
Beliau berkata penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama daripada ajaran Islam di kalangan anggota Pas dan oleh demikian mereka sanggup bermusuh dengan orang Islam lain walaupun al-Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara.
“Kerana sikap inilah orang Islam (Melayu) di Malaysia berpecah sehingga sekarang,” tambah beliau.
Dr Mahathir berkata ramai lagi anggota parti itu yang masih taksub dengan PAS dan ajarannya walaupun sebahagian anggota sudah meninggalkan PAS.
“…dan perpecahan yang mendalam di kalangan orang Melayu adalah berterusan. Dia akan berterusan selagi Pas menyalahtafsir dan menyalahguna ajaran Islam.
“Inilah sebabnya yang saya tentang Pas,” kata perdana menteri.
Dr Mahathir berkata jelas bahawa Pas memecahbelahkan orang Melayu Islam dengan amat mendalam dan sehingga ke hari ini, masih ada sembahyang berjemaah berasingan di masjid yang sama.
Beliau turut berkata tiada ulama di Malaysia yang berani mendakwa bahawa pengkafiran orang bukan Pas adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam.
“Pegawai-pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam juga membisu seribu bahasa,” tambah beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena