Wednesday 19 September 2018

[Video Mat Sabu MALU Pas ambil duit Umno utk halau JEBON & ZOMBI] GILIRAN POLIS PULA TAHAN NAJIB! PDRM sahkan menahan Najib selepas diserahkan SPRM pagi tadi...Najib bakal menghadapi 21 pertuduhan pemindahan wang haram di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Khamis, 20 September 2018

Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
TERKINI..
GILIRAN POLIS PULA TAHAN NAJIB!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan bekas perdana menteri, Najib Razak selepas diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim mengesahkan perkara berkenaan setelah Najib tiba di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur jam 9.50 pagi tadi.
Jabatan Peguam Negara (AG) telah memberi persetujuan kepada pihaknya untuk terus menahan Najib yang kini dirakam percakapannya di bangunan berkenaan yang menempatkan pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Najib bakal menghadapi 21 pertuduhan penggunaan, penerimaan dan pemindahan wang haram ke entiti lain kata Noor Rashid.
Najib akan dikemukakan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 3 petang ini untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena