Thursday 20 September 2018

[Video Najib tiba, mahkamah dikawal ketat] Najib mengaku tak bersalah, mohon dibicarakan.

Khamis, 20 September 2018
Foto Otai BERSIH.
Wow..terbaik ni..
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas beberapa pertuduhan pengubahan wang haram dan pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setakat laporan ini ditulis, siri-siri pertuduhan terhadapnya masih dibacakan.
Terdahulu, Razak tiba ke kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hampir jam 2 petang untuk berdepan pendakwaan terbaru terhadapnya.
Beliau kira-kira 1.30 petang meninggalkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di ibu negara dengan diiringi oleh polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau meninggalkan kawasan itu dengan kenderaan Toyota Wish berwarna hitam, sambil tersenyum dan melambai kepada pemberita dan jurugambar.
Beliau dijangka akan menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi, satu kes berkaitan skandal 1MDB.
Polis mengawal ketat kawasan mahkamah.
Polis daripada dua trak penuh ditugaskan mengawal sekitar kawasan susulan penyokong Najib dijangka berkumpul pada jam 2.30 petang.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena