Sunday, 1 September 2013

Aik!!! Lagi Buta Sejarah? Apasal bawa bendera Republik Rakyat China! UMNO ni betul-betul memalukan...

Ahad, 1 Sept 2013
Bendera China
Bendera China, bendera RRC, lambang negara China

Umno Putar Sejarah - Malaya Tentang Negara China Untuk Tuntut Merdeka?


Kita menentang Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng dan bukannya Negara China Komunis.
Tapi mengapa dalam satu persembahan menyambut Hari Kemerdekaan semalam di Kuantan, Pahang seorang anak muda sedang melakunkan suatu kisah tentang penentang kepada para penyokong dari Parti Komunis Malaya (PKM), mengibarkan bendera negara Republik Rakyat China pula?

Adakah pengarah persembahan pentomin ini tidak tahu membezakan bendera Parti Komunis Malaya dan bendera negara China Komunis?

Betul-betul memalukan sekalilah negeri yang diperintah oleh UMNO ini dalam buat kerja.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/09/sejak-bila-kita-menentang-negara-china.html
Posted by Jeebond BLM at 11:23 am

 COMMENTS:

Yong,  1 September 2013 12:00
Salam Admin
Negara China telah melindungi beberapa orang pemimpin PKM selepas demer melarikan diri dari Malaya. Itu fakta. Buku Mao adalah kitab rujukan PKM. Ini dijadikan bukti bahawa PRC terlibat secara tidak langsung dalam merencana kebangkitan komunis di Malaya.

Sama ada PKM mengibarkan bendera PRC atau tidak Yong tak tahu sebab belum jumpa dokumennya.

Pada pendapat Yong PRC tidak boleh dianggap "innocence" dalam perang gerila PKM-Askar Melayu di Raja.

Apapun, cucu-cicit bekas ahli PKM tidak wajar dipersalahkan di atas keterlanjuran nenek-moyang demer. 

Kerajaan Malaysia juga tidak patut terus menghasut rakyat dengan mewar2kan penglibatan kaum Cina dalam PKM sehingga menimbulkan prasangka Melayu terhadap kaum Cina. Kerana kita tahu dalam PKM itu juga ada Melayu.
Yong Suka Kuning

Rundingan Damai Baling 1955
Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.

Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien pada sesi rundingan di Baling pada tahun 1955
Pertemuan awal dibuat di antara kerajaan yang diwakili Timbalan Menteri Pelajaran Too Joon Hing dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Ian C Wylie, manakala PKM oleh Chen Tien. Tiga rundingan awal berlangsung di Kampung Kelian Indan sehingga bulan November 1955.

Proses rundingan di antara Kerajaan Perikatan dengan PKM kemudian berlangsung selama dua hari pada 28 & 29 Disember di Baling, Kedah. Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika PKM diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat. Tunku bagaimanapun menegaskan PKM harus menyerah kalah.

Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan Perikatan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.

Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata. Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena