Monday, 2 September 2013

Trailer KL Gangster 2 : Selepas Politiking 'Tanda Putera'... Kini Kecoh VCD KL Gangster 2 hanya RM5 pulak dah! – Terbakor

Isnin, 2 Sept 2013
Trailer KL Gangster! 

 
KL Gangster 2 : Prequel Official Trailer 2013
 BURNSOUL4U·16 videos
Subscribe 2,942
1,044,358
Published on Aug 1, 2013
Filem aksi ke 8 arahan Syamsul Yusof terbitan Skop Productions & Grand Brilliance.Tayangan seluruh Malaysia pd 3 OKTOBER 2013.KL Gangster 2 adalah kisah SEBELUM KL Gangster 1.Kisah sebelum Malik dipenjarakan.Bukan sambungan filem yg pertama.Prequel means BEFORE atau "kisah sebelumnya".Its a BACK STORY.
Baru 2 hari Published mencapai 1.04 juta tonton
Hebat Filem neh, bagus budak ni buat filem
Jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam...Yusof Haslam

VCD KL Gangster 2 hanya RM5
 Selepas ‘bocor’ di Internet, filem KL Gangster 2 terus menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.
VCD KL Gangster 2 hanya RM5 - Terbakor
Tinjauan Harian Metro di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, malam kelmarin mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan dipertontonkan secara terbuka.
Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ‘panas’ ketika ini.

“Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,” katanya.
Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat.
Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.

“Saya percaya (dalang) memuat naik di Internet dan menyalin dalam bentuk VCD dan DVD ada kaitan antara satu sama lain. Saya menyerahkan perkara ini dan kepada pihak berkuasa kerana sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan tersebar secara meluas di Internet sejak malam Rabu lalu.
Bagaimanapun, Yusof dipetik berkata, pihaknya tidak berganjak dari tarikh tayangan ditetapkan Unit Wajib Tayangan (UWT) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun ia boleh ditayangkan lebih awal ekoran insiden itu.
Katanya, siasatan dan pemantauan secara intensif kini berjalan dengan kerjasama PDRM, Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan KPDNKK.
Menurut Yusof, beliau tidak dapat menghalang orang ramai daripada membeli VCD atau DVD cetak rompak KL Gangster 2.
Bagaimanapun, katanya, jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam.
“Yang cetak rompak itu versi haram dan belum sempurna. Saya harap janganlah ia terus disebarkan,” katanya.
Metro

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena