Wednesday 5 December 2018

[Video Diarah keluar dewan rakyat, ini komen Sivaraajh] Tuanku Raja Nazrin perlu keluar titah larang himpunan & Husam: Saya sanggup bayar, Mohd Amar patut tunda ke Makkah dan menghadirkan diri ke ICERD Sabtu ini.

Rabu, 5 Disember 2018
Tuanku Raja Nazrin perlu keluar titah larang himpunan... 
Image may contain: 2 people, people standing and hat
Nampaknya parti agama dan Umno bersungguh untuk mengadakan himpunan menentang ICERD 8 Disember ini. Walaupun kerajaan sudah mengaku kalah untuk tidak laksanakan ICERD, tetapi kedua parti itu tetap berdegil. 

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri telah mengeluarkan kenyataan menyatakan ICERD yang menimbulkan kontroversi dan kemarahan ramai itu tidak akan dilaksanakan. Pemimpin parti komponen PH lain juga menyatakan perkara sama. 

Begitu juga dengan para Mufti juga ikut sama memberi nasihat tidak ada keperluan himpunan itu diadakan. Setakat ini dua Mufti negeri yang berpendapat demikian. 

Namun semua kenyataan itu tidak diendahkan. Kenyataan PM, Mufti dan Menteri di buang ke laut sahaja. 
 Atas alasan persiapan dan logistik mengadakan himpunan itu sudah disediakan maka ia perlu diadakan juga dengan mengubah maksud himpunan itu sebagai himpunan kesyukuran atas kesediaan kerajaan mengaku kalah. 

Keghairah Pas dan Umno itu terserlah apabila majlis-majlis untuk menggoda rakyat agar hadir ke perhimpunan - ceramah pra himpunan ICERD itu terus diadakan di beberapa tempat. 

Tampaknya niat kedua parti itu tidak mudah untuk diuruskan. Hanya satu cara yang masih ada untuk memastikan himpunan itu tidak akan berlaku, apabila ia disuara sendiri oleh Pemangku Yang Dipertua Agong, Raja Nazrin Shah. 

Elok Raja Nazrin Shah atas kedudukannya sebagai Pemangku Yang Dipertuan Agong mengeluarkan titah melarang agar himpunan yang ditrancangkan itu dibatalkan. Itu sahaja caranya. - MSO 
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa menggesa agar Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah supaya menangguhkan seketika perjalanan mengerjakan umrah dan menghadirkan diri ke Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), di Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Bercakap kepada Malaysiakini, Husam berkata, beliau sanggup membayar denda pertukaran tarikh penerbangan sekiranya timbalan menteri besar Kelantan itu menunda seketika perjalanan ke Tanah Suci itu.
"Saya berharap beliau dapat tangguhkan penerbangan, saya sanggup bayar kos denda pertukaran tarikh penerbangan untuk dua hari yang diperlukan.
"Kita tak mahu beliau dilihat sebagai mengundurkan diri dan pastinya akan mengecewakan penyokong-penyokong PAS yang bersemangat untuk hadiri perhimpunan tersebut.
"Dia dah kerah orang beramai-ramai supaya hadir, tetapi dia sendiri tak hadir. Orang akan nampak dia seperti nak lari. Sepatutnya dia jaga nama baiklah," katanya.
Terdahulu, Mohd Amar menyatakan beliau tidak dapat turut serta menjayakan himpunan tersebut kerana sudah dijadualkan ke Makkah, Jumaat ini bagi menunaikan ibadah umrah.
"Saya akan menunaikan umrah pada 7 Disember," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini, ketika ditanya berhubung perkara itu.
Kerajaan negeri Kelantan hari ini mengumumkan cuti peristiwa pada 9 Disember bersempena perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu.
Untuk rekod, penganjur himpunan iaitu Gerakan Pembela Ummah sebelum ini memberi gambaran bahawa himpunan itu yang mendapat sokongan Umno dan PAS akan diteruskan meskipun kerajaan sudah mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi Icerd.
Penganjur berkata, penerusan himpunan itu bagi meraikan dan menzahirkan rasa syukur susulan keputusan kerajaan dan akan menjangkakan kehadiran tidak kurang setengah juta orang.
Sementara itu susulan jempuran penganjur juga mengalu-alukan kehadiran perdana menteri dan barisan menteri kabinet, Husam berkata, kepimpinan kerajaan persekutuan wajar dijemput dan diberi peluang untuk turut sama berucap pada program itu.
"Ini kerana yang patutnya menzahirkan rasa syukur adalah pihak kerajaan selepas membuat keputusan untuk tidak meratifikasikan Icerd.
"Jadi saya berharap pengajur boleh jemput menteri-menteri dan dibenarkan untuk turut berucap," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena