Apa jadi janji Hishammuddin mahu cari Jho Low di China?
Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang membangkitkan janji bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein untuk membawa pulang ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa termasuk berhubung pertuduhan tanpa kehadiran (in absentia) terbaru terhadapnya di mahkamah.
"Apa sudah jadi dengan janji Hishammuddin untuk membawa Jho Low pulang ke Malaysia berdepan keadilan?
"Adakah ini bermakna Hishammuddin sudah cuba tapi gagal, atau beliau tak cuba langsung? Rakyat Malaysia berhak tahu," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Wakil rakyat DAP itu merujuk tawaran Hishammuddin sebelum ini untuk mencari Jho Low pulang di China.
Ketika membuat tawaran itu, Hishammuddin menjelaskan bahawa ia adalah untuk melihat kes 1MDB diselesaikan.
"Jika saya boleh tolong, saya akan cari dia (Jho Low) sampai lubang cacing,"kata Hishammuddin.
Lim membuat kenyataan itu sehari selepas Jho Low dan empat yang lain- pembantunya Eric Tan Kim Loong, bekas penasihat 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan dan bekas pengarah eksekutif Casey Tang Keng Chee - dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Waran tangkapan juga sudah dikeluarkan untuk mereka.
Dalam kenyataannya, Lim turut mengulas kenyataan Jho Low yang mendakwa tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia.
"Meskipun Jho Low bersedia membelanjakan ratusan juta ringgit wang 1MDB untuk melobi pegawai AS bagi menggugurkan dakwaan perundangan yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AAS (DOJ), dia bersungguh-sungguh mengelak dari negara itu sejak Julai 2016.
"Sistem perundangan negara mana yang Jho Low yakin akan memberikannya perbicaraan adil dan sedia untuk serah diri?
"Jho Low mungkin bertanding untuk cipta rekod dunia sebagai orang yang dikehendaki oleh paling banyak negara," kata Lim
Mk.
0 comments:
Post a Comment