Thursday, 10 September 2015

[Video] Pertahan Tanah Adat (NCR) - 'Upacara TENGKORAK' tanda pengisytiharan 'perang' di Kuching

Khamis, 10 September 2015

Upacara tengkorak pertahan tanah adat Iban

Sekumpulan masyarakat Iban membawa tengkorak manusia sebagai tanda pengisytiharan 'perang' dalam protes di luar Mahkamah Tinggi Kuching semalam.
Mereka berhimpun ketika kes berkaitan tanah adat (NCR) komuniti itu didengar semalam.
Berkumpul di tempat letak kereta, tiga lelaki Iban meletakkan sekurang-kurangnya lima tengkorak dalam nyiru bagi upacara 'miring' bagi menunjukkan kesungguhan mempertahankan tanah.
Peguam mereka Baru Bian berkata mereka memohon bantuan tuhan supaya kes itu menyebelahi mereka.
“(Upacara itu) sungguh istimewa. Biasanya mereka hanya menggunakan tengkorak dalam upacara istimewa sahaja.
“Ia menandakan mereka bersedia berjuang untuk tanah mereka (dengan semangat pahlawan),” katanya kepada Malaysiakini.
Baru Bian berkata 600 orang hadir dalam perhimpunan itu.
Kerajaan Sarawak merayu kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013 yang mengiktiraf terma “pemakai menoa” dan “pulau galau” sebagai tanah NCR.
Penghakiman itu bagaimanapun ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena