Thursday, 10 September 2015

[Video] 'Sapuman - Man of Steal' ketengah isu derma RM2.6b...Zunar bikin panas lagi!

Khamis, 10 September 2015

'Sapuman - Man of Steal' ketengah isu derma RM2.6b

Kartunis satira Zunar muncul lagi dengan buku terbarunya Sapuman - Man of Steal yang mengetengahkan sindiran dalam isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Buku setebal 126 muka surat itu mengandungi lebih 150 karya yang kebanyakan memfokuskan kepada isu sekitar kontroversi 1MDB, selain menyindir subjek kegemarannya Rosmah Mansor.
Berdasarkan kulit depannya, karya itu dilihat sebuah rekonstruksi kepada filem Superman terkenal Man of Steel karya Zack Snyder.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque berkata kebanyakan karya dalam buku itu pernah tersiar di Internet dan media sosial sejak Februari hingga Ogos 2015.
“Harga pasaran buku ini adalah RM26, jauh terlalu kecil berbanding dengan derma sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun seorang individu di Malaysia,” kata Zunar.
Buku dijadual dilancarkan oleh anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara A Samad Said pada 13 September ini di di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara.
Zunar berkata tidak akan mempedulikan halangan walaupun mendakwa bukunya sebelum ini Ros In Kangkong Land dihalang polis.
Beberapa buku kartun Zunar diharamkan kerajaan sebelum ini susulan kelantangannya menyatakan kritikan keras dalam isu-isu politik.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena