Wednesday 6 March 2019

[Video APAKAH NASIB PENEROKA FELDA SETERUSNYA?] NoPas mana logik baru nikah dah mengandung? Diam2 beromen dengan Umno! Dr M: Adakah PAS sudah Islamkan Umno?

Rabu, 6 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Pas berzina?
Mana logik baru nikah dah mengandung? Diam-diam beromen dengan umno. Lepas tu mengandung. Kena la nikah. Tapi nikah pun tak guna. Anak tu anak haram. Jika pas curi perak ibaratnya pas beranak anak haram. Kikikikiki
Image may contain: 3 people, text
Jika Pas dan Umno rampas Perak dan Kedah itu adalah hasil persetubuhan haram. Bila beromen tanpa ikatan sah dan mengandung. Itu anak haram walaupun dah nikah. Tak malu ke menyokong kegiatan haram? Kata sokong Islam? Kiki.

Dr M: Adakah PAS sudah Islamkan Umno?

Gabungan PAS dan Umno ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai. Ulama Umno keluar Umno untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam. 
Lagipun semasa kepimpinan Umno yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama Umno dan PAS tidak berlaku adalah kerana PAS telah mengkafirkan Umno.
PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan Umno?
Keduanya, PAS juga tidak mahu bekerjasama dengan Umno pada masa dahulu kerana Umno mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.
Ini adalah di antara asas Amanat Haji Hadi yang membawa kepada sembahyang dua imam; tidak mahu makan sembelihan orang Umno, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang PAS jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang Umno, mengharamkan anak mengahwini anak orang Umno, mengharamkan isteri mengundi Umno dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi.
Kembalikan Najib jadi pemimpin
Adakah kesemua larangan dan amalan-amalan ini telah ditarik balik atau di arah untuk dihentikan? Apakah orang Umno terima bahawa mereka dengan PAS kelainan agama tetapi perbezaan ini diterima kedua-dua pihak?
Melihat pada perkembangan sekarang, kerjasama antara Umno dan PAS lebih ke arah untuk mengembali Najib Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang Najib didakwa telah melakukan.
Adakah PAS sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salahguna kuasa tidak bersalah?
Apakah atas nama penyatuan Melayu dan Islam, rasuah, salahguna kuasa dan jenayah boleh dihalalkan? Apakah ini adalah pembohongan yang wajib?
Betul Najib belum didapati bersalah kerana perbicaraan oleh Mahkamah belum dapat diadakan. Akan terimakah Najib sebagai pemimpin PAS jika ia didapati bersalah.
Tetapi jika ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang arif akan apa yang berlaku di serata dunia, kenapakah mereka masih bersedia bersekongkol bersama Umno dan Najib. 
Tidak sedarkah mereka bahawa ramai ahli Umno sudah meninggal Umno kerana telah jadi kleptokrasi dan bukan demokrasi.
Mereka juga pasti sedar bagaimana beberapa buah bank terkenal dunia telah di tutup dan pegawai-pegawai mereka didakwa dan di jel kerana pembabitan di dalam skandal 1MDB.
Selain dari itu, PAS perlu sedar nilai yang diterap dengan bekerjasama dengan Najib dan Umno di waktu ini.
Najib menggelar dirinya dan digelar oleh pengikutnya sebagai “Boss” yang tak perlu berasa malu.
Inikah janji PAS?
Bos bermakna “Tuan Hamba”. Apakah PAS juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah PAS perasaan malu apabila menerima Najib sebagai “boss”.
Beberapa orang pemimpin PAS telah datang berjumpa saya dan menyerah satu dokumen akujanji akan menyokong saya sebagai perdana menteri. Pemimpin PAS kata tidak akan berkempen sokong BN di Semenyih. 
Tetapi pada hari penamaan calon ramai pemimpin PAS hadir bersama pemimpin BN. Inikah janji PAS?
PH tidak gentar melihat gabungan PAS dengan Umno. Ia memberi banyak isu dan peluang mendedahkan kedua-dua parti bahawa pembohongan sudah jadi wajib bagi mereka.

DR MAHATHIR MOHAMAD ialah Perdana Menteri dan Pengerusi PH.
Ulasan ini pandangan penulis, asalnya hantaran di blog Chedet.cc dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena