Saturday 23 March 2019

[Video LGE: Senarai kesalahan berat di bawah AMLATFA sentiasa diteliti] Dr M: Isu MAB perlu kajian mendalam & 'Isu RM1.4 juta' SPRM: Hadi mungkin akan dipanggil!

Ahad, 24 Mac 2019
KiniTV
Kerajaan sentiasa meneliti, menyemak dan menambahbaik senarai kesalahan berat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) mengikut keperluan semasa. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu Dewan Rakyat hari ini, senarai itu juga disemak berdasarkan trend kegiatan jenayah yang berlaku.

Dr M: Isu MAB perlu kajian mendalam

Isu melibatkan syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB) memerlukan kajian mendalam sebelum sebarang keputusan dapat dibuat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata masalah yang berlaku disebabkan pendekatan yang dibuat kerajaan terdahulu yang tidak masuk akal.
“Kita mengurangkan 6,000 pekerja tetapi mengurangkan penerbangan ke banyak tempat. Nisbah kakitangan dengan laluan penerbangan masih sama. Kita kena fikir semula tentang MAS (MAB).
“Kalau ada mana-mana cadangan termasuk sektor swasta nak beli, kita fikirlah,” katanya kepada media Malaysia sewaktu mengakhiri lawatan kerja rasmi beliau selama tiga hari ke Pakistan pada Sabtu.
Pada 5 Mac, Khazanah Nasional, sayap pelaburan kerajaan, dilaporkan mengalami rosot nilai RM7.3 bilion pada tahun lepas dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh MAB.
Khazanah merupakan satu-satunya pemegang saham MAB setelah mengambil alih syarikat penerbangan itu pada 2014 dan ia telah menyuntik dana sebanyak RM6 bilion untuk membaiki prestasi syarikat namun usaha tersebut gagal.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan Malaysia Airlines sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula.
Bernama
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, teks
Send his chief bodyguard aka Lobakman to rough up UM students, then 'regrets' the commotion. What a piece of shit.
Tak Nak BN
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Isu 1.4 juta. Hadi mungkin dipanggil kerana yang membayar Rameli. Peguam SR di Malaysia melaporkan Rameli tolong bayarkan dahulu kerana Hadi nak bayar dengan tunai, maka Rameli beri cek dengan tarikh kedepan bagi memberi masa Hadi memasukan tunai ke dalam akaun Rameli ganti 1.4 Juta yang dibayar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena