Thursday 21 March 2019

[Video Tun M Saya awai2 keluaq Umno, MP Umno BIADAP & TULISAN DI SENJATA serangan pengganas di Masjid Christchurch] Skrg UMNO dah terbangsat, masuklah saja parti BERSATU utk tubuhkan parti UMNO 3.0 Habis cerita! Perhimpunan solidariti NZ dapat lampu hijau DBKL.

Jumaat, 22 Mac 2019

Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Otai BERSIH
SEMOGA UMNO & PAS (UMNOPAS-BN) ADA STAMINA UNTUK MEMENANGI PRU15 @ 2023
UMNOBN diberikan nikmat kuasa selama 60 tahun lamanya. Pada PRU14 *UMNO hilang Johor, NS, Melaka, Selangor, Perak, Penang, Kedah , Sabah dan Kuala Lumpur*. Ini *suatu tragedi malang bagi mereka.*
Bila UMNOBN memerintah dulu, tidak ada peluang DAP nak berada dalam tampuk kuasa pemerintahan , kecuali mulai pada 2008 mereka dapat kuasa sedikit memerintah di Penang.
Bila UMNOBN jatuh pada 2018 barulah mereka tersintak yg PH suatu gabungan baru berumur 2-3 tahun , dapat pegang kuasa bersekali dgn DAP sebagai regu mereka. Perbendaharaan MOF tidak lagi dibawah kekuasaan UMNOBN.
Skrg ini UMNO sudah tidak ada isu utama utk rebut kembali kuasa yg hilang . Yang mereka nampak skrg hanyalah isu DAP .
Rakan karib UMNO iaitu PAS juga tidak ada isu utama melainkan isu
DAP juga.
Inilah saat keemasan utk mereka bergabung lawan PH . *Isu utama adalah DAP anti Islam , dan isu kelemahan2 PH dalam menunaikan Manifesto PRU14 lalu*.
Jadi skrg ni *UMNO & PAS sudah jadi pembangkang*, kita lihatlah bagaimana mereka memainkan *isu bangsa & agama* utk rebut semula kuasa 60 tahun yg hilang .
Ada masa *4 tahun utk mereka rancang strategi bagi memenangi PRU15 pada 2023 nanti*. 4 tahun adalah tempoh yg agak lama juga. Sangat letih dan lesu nak bangkit semula.
Mereka UMNO & PAS merancang , PH juga merancang . TAPI PH berada di mercu kekuasaan skrg. *PH ada wang, PH kuasai majoriti di Parlimen, PH kuasai banyak negeri skrg. Banyak advantages dihadapan PH*.
Itulah kelalaian UMNO , tidak hargai nikmat kuasa yg dianugerahkan Tuhan selama 60 tahun lamanya. *Mereka lalai terutama dgn penyakit rasuah dan salah guna kuasa* .
Hidup ibarat roda yg berputar, skrg UMNO berada dibawah .
Bangkitlah kalau mereka ada daya juang lagi .
Kalau tidak, masuklah saja parti BERSATU utk tubuhkan
parti UMNO 3.0 . Habis cerita .
*Tapi kalau UMNO nak berjuang bersama PAS , susunlah saff perjuangan dari skrg ini.*
*Perjuangan 4 tahun ini perlukan stamina dan kewangan yg banyak sekali utk memenangi kembali hati rakyat terutama orang Melayu di Semenanjung.*
Menang sebahagian saja kerusi parlimen di Semenanjung saja tidak mencukupi utk membentuk kerajaan baru. *Bagaimana pula kerusi - kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak ?*
UMNO di Sabah nampaknya macam sudah tutup kedai . Di Sarawak pula memang tiada cawangan UMNO sejak dahulu.
PAS pun tidak kuat di Sabah dan Sarawak dalam beberapa PRU lalu.
Pendek kata , sangat berat tanggung-jawab UMNO dan PAS utk bangkit semula di Semenanjung dan Sabah& Sarawak. Tambahan pula mereka berhadapan dgn ahli politik veteran Dr Mahathir , Anwar , LKSiang, Muhamad Sabu.
Selagi ada peluang terbuka , UMNO & PAS kena cubalah nasib mereka
utk merampas kuasa dari PH pada PRU15 akan datang. Mereka perlulah segerakan pertunangan, pernikahan dan persandingan secara terbuka supaya rakyat jelata tahu yg mereka benar-benar serius nak rampas kuasa dari PH pada PRU15 nanti.
*Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan*.
SELAMAT BERJUANG UMNO & PAS

Perhimpunan solidariti NZ dapat lampu hijau DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi lampu hijau kepada penganjuran Himpunan Solidariti Kedamaian, 23 Mac ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini menerusi aplikasi Whatsapp, sebentar tadi.
"(Penganjuran Himpunan Solidariti Kedamaian) diluluskan," katanya ringkas selepas  diminta mengulas berhubung perkara itu.
Perhimpunan yang turut mendapat sokongan penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof itu akan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada pukul 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.
Mujahid sebelum ini berkata, beliau sudah memanjangkan undangan kepada menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Pembangkang turut diundang.
Himpunan itu dikatakan bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.
Malaysiakini.
「Gambar TERTULIS DI SENJATA PELAKU PENEMBAKAN MASJID DI NEW ZEALAND」的圖片搜尋結果

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena