Monday 18 March 2019

[Video Persidangan Dewan Rakyat 18 Mac 2019 Sesi Petang] Hudud Tidak Akan Masuk Manifesto Pilihanraya Pas-UMNO & Tak habis2 lagi PAS dok main kan ucapan Lim Guan Eng pasal 'Perang'?

Isnin, 18 Mac 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
GREEN BEAN ARMY
JADI APA ALASAN PAS KELANTAN DAN PAS
TERENGGANU TIDAK MAHU LAKSANA HUDUD?
Hudud Tidak Akan Masuk Manifesto Pilihanraya Pas-UMNO
KUALA LUMPUR – Umno dan PAS tidak akan memasukkan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya mereka kerana *hukum Islam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan Pusat*, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bercakap dalam sesi dialog dengan harian melayu Sinar Harian, Pemangku Presiden Umno itu berkata janji itu akan sama seperti menipu orang ramai dan bersumpah bahawa parti itu tidak akan memperkenalkan hudud di peringkat persekutuan.
"Undang-undang Hudud ini adalah bidangkuasa negeri dan bukannya kuasa persekutuan, kerana hal-hal Islam berada di bawah bidang kuasa Sultan dan Raja," kata mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.
"Ia terpulang kepada negeri-negeri. Sekiranya Selangor tidak bersetuju, ia terpulang kepada Selangor. Sekiranya Sultan Selangor tidak bersetuju, terpulang kepada Yang Mulia.
"Kerana orang yang tertinggi, atau yang cukup kuat di negeri-negeri mengenai perkara agama, adalah Sultan, dan bukannya mereka yang berkuasa di peringkat persekutuan. Jadi hudud tidak akan menjadi manifesto PAS dan Umno di peringkat persekutuan.
"Jika kita lakukan (masukkan juga hudud), ia jelas menunjukkan kita mahu menipu orang jadi kita tidak akan melakukannya. Insyaallah, " kata Mohamad.
Beliau menjawab soalan yang ditimbulkan oleh seorang penonton yang bertanya sama ada Umno boleh menerima syarat PAS untuk mendapatkan hudud sebagai prasyarat untuk meneruskan kerjasama politik mereka.
Sebagai rekod, Kelantan dan Terengganu telahpun meluluskan Enakmen Jenayah Hudud di Dewan Undangan Negeri masing-masing dan masih belum dilaksanakan hingga ke hari ini.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
GREEN BEAN ARMY
Pas sanggup gadai dasar, gadai maruah bahkan sanggup gadai telur lebai mereka sendiri demi bersatu dgn Umno atas nama Melayu Islam...
Tapi umno selamba jer tetap dgn prinsip tak terima hudud di Malaysia..Siap bersumpah tidak akan meletakkan hudud dlm manifesto Pilihanraya..
Penyatuan Islam kepala bana apa camni?
Hancing walaun dan lebaipas kena kencing dgn penyamun UMNO....
Takdir......
Tiada penerangan foto disediakan.
PAS dapat jadi barua UMNO dah x kafir..Sekarang ni PH pulak kot yang akan dikafirkan oleh PAS?
GREEN BEAN ARMY
Tak habis habis lagi PAS dok main kan ucapan Lim Guan Eng pasal "Perang".. sampai tak renti renti report Polis..walhal Lim Guan Eng dah perbetulkan kenyataan dia, patutnya selesai lah.. tapi PAS sengaja nak terus mainkan sentimen Perkauman..
Hakikatnya Ucapan , Fitnah dan Tuduhan Hj Hadi, Pemimpin PAS dan UMNO lebih teruk sampai mengancam kepada menumbangkan Kerajaan dan memainkan peristiwa 13 Mei sebelum himpunan ICERD dulu..
Aku takdalah bimbang sangat dengan ucapan Lim Guan Eng.. hakikatnya DAP atau Pengikutnya tidak pernah pun menimbulkan kekacauan dan Pemberontakan dalam sejarah Negara kita, Tetapi hasil Ucapan Hj Hadi dan PAS terbukti ada sejarahnya...
Mana lebih bahaya dengan dengan salah tafsir perkataan Perang dibandingkan dengan Ucapan Hj Hadi Kepada UMNO dulu dengan Lafaz, " kerana kita berjuang dengan puak – puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.." Maksudnya ketika itu kalau Mati Syahid, lawan PAS masa itu adalah KAFIR..
Bukan takat tu, Perlembagaan dikata perlembagaan Penjajah dan Kafir.. Maksudnya kedudukan Agama dan Raja Raja Melayu masa tu dalam perlembagaan apakah itu Perlembagaan Kafir ?
Ucapan Haji Hadi lebih berbahaya, Dan terbukti telah memecahkan Ummat Islam, berpecah dalam masyarakat, Keluarga,Sami Isteri,dalam Solat, wujudnya budaya Kapir mengkapir...Bukan setakat perpecahan Masyarakat, tetapi pemberontakan..
Amanat Haji Hadi ini telah terbukti menyebabkan Pemberontakan di Memali, Pengganas PAS telah menyembelih 4 Anggota Polis di memali.. Lalu yang memberontak itu dikatakan Mati Syahid.. Jelas dalam markaz Ibrahim Libya tergantung amanat Haji Hadi dan gambar Ayatullah Khomeini..
Malah dalam Peristiwa Almaunah, Mereka yang mengangkat Senjata, 2 Anggota Polis terkorban.. Mereka telah dituduh melancarkan perang keatas YDP Agong.. Ramai dari yang terlibat adalah ahli PAS.. dan Yang pernah ditangkap dan di tahan ISA dari peristiwa Bukit Jenalik, hari ini masih duduk dalam kepimpinan Ulama PAS..
Jadi Sebelum nak jadi juara orang yang nak pertahankan Melayu.. nak main sentimen Perkauman.. Cermin lah diri sendiri dulu.. Kalau sejarahnya Presiden PAS itu pernah dengan ucapannya mencetuskan Rusuhan,Pemberontakan..Jangan pulak nak salahkan pihak yang Lain..
Hari ini ..Haji Hadi, PAS dan UMNO..cuba berlakon kononnya orang lain pula yg cuba memainkan sentimen Perkauman.. hakikatnya memang benar, Selepas PRU 14, Menang bukan Islam menjadi sasaran mereka.. hatta peruntukan Pendidikan Sekolah Cina pun dipertikaikan seolah olah ia menindas Melayu walaupun ia hanya tak sampai 10% dari peruntukan Sekolah Agama...
Hakikat dan sejarahnya yang pernah cetuskan 13 Mei, Cetuskan Rusuhan dan Pemberontakan Di Memali adalah dari kepimpinan PAS dan UMNO... juga dari parti komponen barisan nasional... Kita tidak pernah lupa ucapan Najib di Kg Bharu..itu adalah sejarah..
Kalau Nak kira dari ucapan Pemimpin UMNO dan PAS selepas PRU 14, tuduhan mereka..MengKafir harbikan lawan Politik.Menuduh Kepimpinan Kerajaan Anti Islam.. cuba bawa agenda Kristianisasi,hapuskan Islam dan Melayu..Hapuskan kuasa Raja Raja Melayu.. Ucapan itu lebih Bahaya dari kata kata Perang yg diucapkan oleh lim Guan Eng tentang Politik..
Yang sepatutnya dirirsaukan hari ini kelompok Ashabiyah seperti Haji Hadi.. mereka sebarkan Kebencian dan Sentimen perkauman Agama.. Belajar dari peperangan Di Syria... Perang, Pembunuhan, Huru hara akibat dari Ulama Jahat yang bermudah muda MenkAfirkan sesama Islam.. dan Itulah Sejarah yg pernah terjadi di Memali..
Jangan Pula lepas ni, Bila PAS dan UMNO tubuhkan "War Room" Kami katakan cuba menctuskan Perang kepada Kerajaan... 
-Ipoh mali-
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: teks

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena