Friday, 22 March 2019

[Video Lu letak muka Mahathir la bodoh] MENGAMUK Ape BOSSKUK! Tun M: Budaya Baharu 'Aku curi. Apa nak malu..'! Pelajar UM: Kamu tidak popular Najib, jangan angkuh.

Sabtu, 23 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
No photo description available.
Image may contain: 7 people, people sitting and text
Aku curi. Apa nak malu... 

Pelajar: Kamu tidak popular Najib, jangan angkuh

Pelajar Universiti Malaya (UM) yang diserang penyokong bekas perdana menteri mendakwa niatnya bukan untuk memprovokasi tetapi untuk mengingatkan Najib Razak bahawa dia tidak popular seperti yang difikirkannya.
"Kami memegang kadbod untuk menunjukkan bahawa kami masih peka dengan skandal 1MDB," kata Wong Yang Ke kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
"Kami ingin beritahu Najib bahawa dia tidak popular dan tidak dialu-alukan seperti yang difikirkannya. Kami nak dia tahu yang ada orang menentangnya dan dia tidak sepatutnya angkuh. Jika tidak, dia nampak begitu sombong dan berpuas hati, seperti dia tidak tahu mengenai salahlakunya, "tambahnya.
Wong ditahan berhampiran pintu masuk UM ketika memegang plakad berupa gambar badut menyerupai Najib ketika bekas perdana menteri itu berucap dalam program santai di Restoran Amjal yang terletak di hadapan universiti berkenaan.
Wong dan enam ahli Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) kemudian dibawa oleh polis ke balai polis Pantai Dalam untuk 'dilindungi'.
Sementara itu, presiden Umany menyifatkan Najib sebagai "munafik" kerana peruntukan untuk universiti itu sebenarnya dikurangkan di bawah kerajaan BN sebelum ini.
Sementara itu, Wong menegaskan mereka hanya memegang plakad untuk "membantah secara senyap" dan tidak ada tindakan provokasi dilakukan oleh ahli Umany yang diserang petang ini.
Wong mengkritik kelakuan ganas penyokong Najib yang mencemarkan hak asasi manusia kerana menghalang kebebasan mereka untuk bersuara.
Dia mendakwa semasa kekecohan itu, plakad gambar badut menyerupai Najib telah dirampas dan dikoyakkan, manakala dia dicekik dan mukanya ditampar. 
Dia juga mendakwa rambutnya ditarik oleh seseorang dan bibirnya cedera.
Wong menambah rakan mereka dari Angkatan Mahasiswa UM turut merancang untuk menghadiri protes senyap itu tetapi kejadian tersebut berlaku sebelum ketibaan mereka.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena