Monday 25 March 2019

[Video Pemohon bantuan JKM tak perlu sokongan wakil rakyat] Mengapa NAjib tak perlu pakai baju Oren? Dalam sejarah PM M'sia Najib lah pernah MASUK KANDANG OKT! Anthony Loke hulur sumbangan pada keluarga mangsa rempuhan pesawat.

Isnin, 25 Mac 2019
KiniTV
Permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak perlu lagi mendapat sokongan wakil rakyat, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh. Beliau berkata kementerian membuat keputusan itu berikutan menerima banyak aduan daripada pemohon yang berkata proses tersebut menyukarkan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka dilihat memiliki pandangan politik yang berbeza dengan wakil rakyat tersebut.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan teks

Anthony Loke hulur sumbangan pada keluarga mangsa rempuhan pesawat

Kesedihan keluarga Allahyarham Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, yang terkorban semasa bertugas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang minggu lalu sedikit terubat dengan bantuan yang dihulurkan seorang pemimpin DAP.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban menyumbang sejumlah RM10,000 daripada peruntukan pejabatnya bagi meringankan beban keluarga mangsa.
Sumbangan itu disampaikan dalam ziarah Anthony yang juga Menteri Pengangkutan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) ke rumah keluarga mangsa, semalam.
“Selain itu, saya telah berbincang dengan pengurusan MAHB untuk memastikan kebajikan mereka terjamin termasuk keperluan perumahan dan menawarkan peluang pekerjaan kepada isteri Allahyarham,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut memaklumkan kepada isteri mangsa bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan dan laporan awal akan disiapkan dalam masa terdekat.
Jenazah juruteknik MAHB, Mohd Ruzaimi, 39, yang meninggal dunia akibat dilanggar sebuah pesawat persendirian selamat dikebumikan pada 20 Mac lalu di Batu Gajah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md. Usuf dan empat anak berusia dalam lingkungan satu hingga 13 tahun. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena