Monday 25 March 2019

[Video Najib: Dari PM ke 'Penyamun', Dari BossKu ke Pembuli Pelajar] Laluan Tok Mat dalam berdepan Dr. S Streram tidaklah semudah yang disangka & Komposisi Melayu hanya 54%, 46% bukan Melayu tidak mampu menjamin kemenangan buat BN.

Selasa, 26 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks dan rakaman dekat
Otai BERSIH
TIDAK MUDAH, TOK MAT !
Dengan komposisi pengundi Melayu 54 peratus, India 27 peratus dan Cina 18 peratus, meskipun sebelum ini ada permintaan agar Keadilan meletakkan calon Melayu bagi mengelakkan sentimen kaum dan agama dimainkan oleh UMNO sebagaimana di Cameron Highlands, realiti politik akhir-akhir ini memperlihatkan laluan Mohamad Hassan dalam berdepan Dr. S Streram tidaklah semudah yang disangka.
Apatah lagi dengan perkembangan terbaru di mana UMNO dan Pas sudah mengumumkan secara rasmi “perkahwinan” mereka, bergantung hanya kepada kelompok pengundi Melayu 54 peratus saja tidak mampu menjamin kemenangan buat BN.
Sebaliknya, dengan “perkahwinan” UMNO dan Pas tersebut yang mungkin menjauhkan lagi pengundi bukan Melayu daripada BN, kejayaan PH mencuri 10 atau 15 peratus pengundi Melayu sudah memadai untuk mencipta kemenangan jika sokongan majoriti daripada blok pengundi bukan Melayu yang merangkumi 45 peratus itu berjaya dikekalkan.
Dalam hal ini, Keadilan, Bersatu dan Amanah mempunyai tugas yang amat penting untuk meyakinkan pengundi Melayu Rantau agar memberikan undi mereka kepada PH yang kini sudah menjadi kerajaan di peringkat pusat dan juga negeri.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena