Thursday 21 March 2019

[Video Anthony Loke 'SEKOLAHKAN Sam seng' Pasir Salak Tak Faham Tender Terbuka] 'Tutup sekolah TAHFIZ tak berdaftar' MANA PERGINYA Pejuang Melayu, pendakwah selebriti, PU dan Imam Muda & MoF pulihkan kewangan Tabung Haji demi kepentingan umat Islam.

Khamis, 21 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Aku dok tunggu dari kelmarin.. Mana pergi hilang Pejuang Pejuang Islam.. Pejuang Melayu..Pendakwah selebriti, PU dan Imam Muda..bila Sultan Selangor suruh tahfiz tak berdaftar ditutup..
Selalunya dah ada Demo, Report Polis..Kenyataan yg kata ini Islam Liberal..Barua DAP.. Anti Islam.. Kali ni senyap sunyi.. Kalau yang sebut ni Dr Mujahid, Belum siar berita, dah viral kata anti Islam.. Liberal bagai.. walhal Mujahid kata tutup Tahfiz tu pun pada Sekolah tahfiz yg pengetua dia Cabul dan liwat anak murid dia..
Aku ni banyak benda kadang2 tak setuju dengan kenyataan Sultan Selangor.. Tapi kali ni dok tunggu jugak respon puak PAS, Surat menyokong dok ampu Titah Tuanku Sultan yang selalu yg dibuat oleh PAS.. Sekarang ni tak nampak rupa..
Sebelum ni dana dari Hannah Yeoh untuk SIS pun kata langgar fatwa dan derhaka kat Sultan Selangor.. Kali ni entah hilang kemana..
Ni lah kalau nak tahu kelompok Ashabiyah perkauman PAS.. Depa jadi kan agama alat Tunggangan.. bahan Politik.. Sentimen perkauman agama dan bangsa ni jadi makanan depa, mcm tulang jadi makanan Jin ngan Setan..

MoF pulihkan kewangan Tabung Haji demi kepentingan umat Islam

Kerajaan Pakatan Harapan berjaya memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) daripada terus mengalami jurang aset dan liabiliti akibat daripada tadbir urus lemah rejim UMNO-Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Mengikut kedudukan kewangan tahunan Disember 2017, Tabung Haji mengalami defisit bernilai RM4.1 bilion ekoran tindakan kerajaan UMNO-BN yang masih meletakkan pengagihan hibah atau dividen meskipun nilai aset TH lebih rendah daripada tanggungan.
Mengikut Akta Tabung Haji 1995, sebarang hibah atau dividen hanya boleh dikeluarkan sekiranya aset Tabung Haji melebihi nilai tanggungannya.
Justeru itu, bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi Tabung Haji, Kementerian Kewangan mengambil langkah proaktif dengan memindahkan sebahagian aset Tabung Haji yang bernilai RM10 bilion ke dalam syarikat tujuan khas (SPV).
Sebagai “gantinya”, SPV yang diletakkan di bawah MoF memberikan sukuk bernilai RM10 bilion dan Islamic redeemable convertible preference shares (RCPS-i) bernilai RM9.9 bilion kepada TH.
Dalam erti kata lain, Kerajaan Pakatan Harapan telah menyelamatkan TH menerusi “bailout” bernilai hampir RM10 bilion.
Semua langkah ini adalah untuk menjaga kepentingan pendeposit TH yang merupakan orang Melayu beragama Islam.
Dengan langkah tersebut, para bakal jemaah Haji mampu menarik nafas lega kerana TH kini berada dalam keadaan yang membolehkan ia mengumumkan bayaran hibah tanpa perlu membelakangi sebarang undang-undang, apatah lagi menanggung rugi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena