Wednesday 27 March 2019

[Video Dewan Riuh! Bila Mahfuz Omar Sebut Utusan Malaysia Dimiliki Umno] Bapa Nurul Izzah: Kita pilih Tun M dan sokongnya sebagai PM & Mat Umno beri peringatan-Jentera BN sedang giat dlm usaha utk 'kenakan' penyokong media siber PH.

Rabu, 27 Mac 2019
Image may contain: 9 people, people smiling
Sebagai peringatan ikhlas, sy ingin kongsi sikit nasihat.
Jentera BN sedang giat dlm usaha utk "kenakan" penyokong media siber PH dengan cara demikian:
1. Cai BN akan buat poster dan info yg tak jelas atau nampak spt BN sedang buat sesuatu yg salah.
2. Info salah ini akan disalurkan kpd group pro PH melalui "sleeper agent" yg ada dlm group PH.
3. Bila group PH dpt info sedemikian, maka info salah tu akan viral.
4. Lepas dah viral, cai BN akan keluarkan info yg betul dan lepas tu mula serangan minta kita maaf dan memalukan kita.
5. Lepas pelbagai serangan, cai BN atau calon BN akan buat laporan polis.
Maka pastikan anda buat seperti berikut:
Semak info yg diterima. Kalau tak pasti, jangan viralkan.
Tangan kita diikat dan skrg depa nak tutup mulut kita. Ramai sleeper agent dlm group Harapan maka saya pohon kita pantau sleeper agen cai BN ini.
Cai BN juga akan guna banyak logo & video yg ada lambang BN atau Najib walau pun motto yg depa pakai nampak spt mengutuk... Depan nak "visual" kempen... So try kurangkan viral info yg ada logo BN atau Najib...
Kita fokus visual kempen logo parti Keadilan dan Harapan sahaja... Siarkan video ucapan para pimpinan Harapan, isu 1MDB, salahguna kuasa, kembalikan subsidi, biasiswa, GST... Inflasi, pengangguran dan segala kelemahan BN.
Saya kongsi strategi ini krn saya dah duduk dlm jentera BN selama lebih 20 tahun. Pelbagai taktik kotor BN kami tahu.
Sekian terima kasih.
Mat UMNO.
Image may contain: 1 person
Kita pilih Dr. M dan sokongnya sebagai PM... 
Bapa Nurul Izzah yang juga Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, kenyataan anak sulungnya kepada media asing itu telah dibuat sebelum ini namun baharu dilaporkan baru-baru ini. 

“Saya faham konteksnya. Sudah lama dan itu dibesarkan The Straits Times Singapura, kita nak gaduh pasal apa,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. 

Jumaat lalu, Nurul Izzah dalam wawancara The Straits Times, Singapura, Jumaat lalu menyifatkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu. 

Dalam pada itu, Pakatan Harapan (PH) tidak menyifatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator sebaliknya konsisten memilih dan menyokong Perdana Menteri. Anwar berkata, perkara itu jelas berdasarkan muafakat yang dicapai PH untuk memberi ruang dan menyokong segala usaha Dr Mahathir. 

“Bagi kita tidak (bukan diktator). Secara konsistem, kita pilih Dr Mahathir dan kita sokong dia sebagai Perdana Menteri. 

“Jadi kita beri ruang, tapi pendirian kita termasuk saya dan keluarga untuk memberi sokongan dan ruang kepada Dr Mahathir sebagai pemimpin dan Perdana Menteri,” katanya. 

Penjelasan ini memberi faham kepada kita, kenapa sekarang baru diperbesarkan? Dan Izzah sendiri juga menyebut perkataan itu pernah digunakan lama sebelum ini.

Apa yang dapat diselami kenapa ia sengaja dibesar-besarkan kini, sudah pasti ada orang yang ingin menangguk di air keruh. Apabila Azmin "mencengengkan" Izzah, maka jelas siapa yang menjadi penghasut dan mahu kenyataan lama Izzah itu diperluaskan.  

Kalau Azmin ikhlas nak perbetulkan Nurul Izzah bukan itu bahasa dan caranya. Orang Melayu yang beradat ada banyak bahasa yang terpilih. 

Benar seperti kata Anwar, sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin perlu menggembirakan rakyat dengan segala perancangan dan pembangunan ekonominya. Bukan membangkit perkara remeh yang boleh mengecilkan hati pihak lain. 

Apa lagi jangan cuba memberi harapan kepada kartelnya kononnya dia akan ganti Mahathir selepas ini. 

Kita perlu hormat konsensus apa diputuskan PH. Dalam konsesus itu tidak ada nama Azmin sebagai PM selepas Mahathir. Ini kena faham. Dan kena faham juga tidak sesiapa boleh melanggari konsensus itu kecuali majlis presiden. Sesiapa pun tidak boleh melangkaui keputusan majlis presiden. 

Tambah Anwar, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak perlu membodek menyifatkan Dr. Mahathir bukan diktator sebaliknya tegas. 

“Abdul Hadi ini memang ikut rentak dan gendang, bukan ikut pandangan dia. Pas nak kipas tak payahlah,” katanya. - f/bk 
TS

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena