Thursday 28 March 2019

[Video TIADA KAFIR HARBI DALAM LEMBAGA PENGARAH SPV] Lokman Adam, empat lain didakwa serang pelajar UM.

Khamis, 28 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luaran
I strongly condemn the thugs that have assaulted the students including journalists on duty. The perpetrators must be brought to justice. @PDRMsia @mkini_bm @malaymail @fmtoday @msianinsight @bernamadotcom

Lokman Adam, empat lain didakwa serang pelajar UM

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, hari ini dikenakan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung insiden kekecohan dengan pelajar Universiti Malaya (UM) Jumaat lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Lokman, 47, dituduh dengan sengaja menyebabkan kerugian kepada Wong Yan Ke yang berusia 23 tahun dengan mengoyakkan plakadnya di perhentian bas bertentangan dengan Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu pada kira-kira jam 3.30 petang pada 22 Mac.
Tuduhan adalah di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Lokman bersama empat lagi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada Wong di tempat dan masa yang sama dengan memegang rahang dan menarik lehernya dari belakang.
Empat yang lain itu adalah Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya, Abdul Mutalif Abdul Rahim; kerani pejabat Umno Lembah Pantai, Salmon Arif Budiman Muchlis, 47; penghantar surat sebuah firma guaman, Mohd Norzakifah Mohamed Nawi, 43, dan tertuduh keempat yang tidak dinamakan.
Semua lima mereka turut didakwa secara bersama kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada Wong dengan menarik rambut mangsa dari belakang pada masa dan tempat yang sama.
Mutalif, yang juga adik kepada bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez, juga berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana didakwa mencederakan ibu jari tangan kanan wartawan pelatih Malaysiakini, Siti Mariam Mohamad di perhentian bas kira-kira jam 3.45 petang.
Dia juga diberi pertuduhan pilihan bagi kesalahan ke atas Siti Mariam itu di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah.
Di bawah Seksyen 323, mereka yang disabit kesalahan, boleh dihukum maksimum penjara satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.
Manakala Seksyen 352 membawa hukuman maksimum enam bulan tahun penjara dan juga boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.
Sementara itu, Bernama melaporkan peguam N Logendran yang mewakili Lokman memohon anak guamnya diberikan jaminan dengan alasan tertuduh kini “kais pagi makan pagi”.
Kata pemimpin Umno itu kini tidak bekerja dan perlu menyara10 anak selain isteri sedang mengandung dan akan melahirkan anak tidak lama lagi.
Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Abdul Mutalif dan peguam M Reza Hassan yang mewakili Salmon dan Mohd Norzakifah memohon mahkamah memberikan jaminan minimum atas alasan ketiga-tiga tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada mahkamah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Mahkamah membenarkan Lokman diikat jamin RM9,000 bagi tiga pertuduhan, Abdul Mutalif RM6,000 bagi tiga pertuduhan manakala Salmon dan Mohd Norzakifah masing-masing diikat jamin RM4,000 bagi dua pertuduhan.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu keempat-empat tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai serta tarikh sebutan semula ditetapkan pada 16 Mei.
Media sebelum ini melaporkan, tercetus insiden tolak-menolak antara penuntut Universiti Malaya dengan penyokong bekas Perdana Menteri  Najib Razak, di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, Jumaat lalu.
Ketika kejadian, Najib dikatakan sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.
Pagi tadi, Lokman yang ditemui pemberita ketika menunggu kesnya didengar di mahkamah berkata pertuduhan itu merupakan pendakwaan terpilih dan "berniat jahat".
Katanya, ini kerana pelajar UM yang membuat protes terhadap bekas perdana menteri Najib Razak ketika kejadian tidak didakwa walaupun tidak memberi notis kepada polis seperti yang dinyatakan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kedua, mereka juga menggunakan karikatur yang diputuskan mahkamah sebagai menghina dan provokasi.
"Ketiga, mereka melemparkan kata-kata kesat terhadap Najib, (menggelarnya) pencuri dan perompak," katanya lagi.
Lokman berkata beliau tidak kisah didakwa di mahkamah dan yakin mereka tidak bersalah.
Beliau juga sekali lagi berkata Mutalif dan dirinya ketika itu hanya mahu menyelamatkan pelajar UM daripada dipukul.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Kesian lobakman. Dia manusia yg terbaik. Sgt2 baik. Maksum. Jom kita solat hajat supaya lobakman dipulihara.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena