Friday, 22 March 2019

[Video Peserta Himpunan Solidariti Kedamaian berkumpul sejak awal pagi] New Zealand mohon maaf pada rakyat Malaysia.

Sabtu, 23 Mac 2019

New Zealand mohon maaf pada rakyat Malaysia


Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Notage meminta maaf atas insiden serangan di Christchurch pada 15 Mac lalu yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang warga Malaysia.
Nottage yang turut hadir pada Himpunan Solidariti Kedamaian pagi ini mengucapkan takziah kepada rakyat Malaysia dan berterima kasih atas himpunan solidariti pagi ini.
"New Zealand berasa sangat sedih dan saya ucapkan takziah bagi pihak Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden dan seluruh rakyat New Zealand.
"Kami minta maaf dan terima kasih atas sokongan dari kerajaan Malaysia, berkabung bersama. New Zealand amat berterima kasih kepada Malaysia," katanya dalam perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini.
Menurut Nottage, satu perhimpunan aman turut diadakan di New Zealand semalam di mana solat Jumaat disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan radio negara tersebut.
Katanya lagi, pihak pesuruhjaya tinggi yang menonton siaran langsung tersebut semalam turut menitiskan air mata.
Sementara itu, wakil dari Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski yang juga berada di himpunan itu berkata tindakan pembunuh yang berhasrat untuk memecahbelahkan penduduk di situ dikira gagal.
"Memang benar keganasan tidak mengenal agama dan warganegara tetapi ia juga benar bahawa dalam kes ini pengganas dari Australia itu merupakan pembunuh di Christchurch.
"Tapi niat kepada tindakannya untuk memecahbelahkan kita semua telah gagal. Terima kasih banyak-banyak kerana berada di sini hari ini," katanya.
Suspek utama tembakan rambang Brenton Harrison Tarrant, warganegara Australia yang berusia 28 tahun itu didakwa sehari selepas serangan dilakukan.
Majoriti mangsa serangan di dua masjid di negara itu merupakan pendatang atau pelarian dari Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Turki, Somalia, Afghanistan dan Bangladesh. 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena