Thursday 28 March 2019

[Video APAKAH MAKNA SEBENAR TALIBAN ITU?] Najib, mana mau LARI ha? Kes SRC Najib mula bicara Rabu ini.

Khamis, 28 Mac 2019
Jom Channel
Baru-baru ini Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang menyindir DAP dengan serangkap pantun: “Datang bersuluh di bandar Seremban, naik perahu ke Pulau Manis, kamu tuduh kami Taliban, di belakang kamu ada komunis. Tegakkan Islam, Melayu dan semua kaum selamat!” katanya dalam Facebook beliau.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Kes SRC Najib mula bicara Rabu ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan kes pengubahan wang haram SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri Najib Razak akan bermula 3 April ini.
Hakim Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan arahan penangguhan oleh Mahkamah Rayuan minggu lalu.
Bagaimanapun tarikh-tarikh perbicaraan belum ditetapkan dan mahkamah akan memutuskannya selepas mengambil kira perbicaraan kes 1MDB terhadap Najib yang juga akan bermula pada bulan sama.
Pendengaran kes SRC International pada awalnya dijadual bermula 12 Feb, tetapi ditangguhkan sementara menunggu beberapa rayuan yang difailkan Najib.
Minggu lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan penangguhan pendengaran kes itu yang dibuat peguam bela Harvinderjit Singh.
Bagaimanapun panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan menolak keputusan itu dengan hujah Mahkamah Rayauuan tiada kuasa untuk memberikan arahan penangguhan.
Terdahulu hari ini, Harvinderjit dan timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim berbalas hujah berkenaan kesesuaian memulakan perbicaraan minggu depan.
"Ini (3 April) ditetapkan dalam pengurusan kes sebelum ini.
"Paling kurang, (kita boleh) bermula dengan seorang saksi pada hari itu, dan boleh sambung pada tarikh lain," kata Suhaimi.
Harvinderjit kemudian memberitahu mahkamah bahawa ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah ada perbicaraan pada tarikh tersebut, diikuti dengan rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan keesokannya, dan Shafee perlu hadir ke mahkamah untuk kesnya sendiri pada 5 April.
Beliau kemudian memaklumkan jadual pasukan pembelaan sudah penuh untuk minggu-minggu selepas itu, kerana perlu mengendalikan kes lain yang telah dijadual lebih awal, serta membuat persediaan untuk perbicaraan 1MDB yang dijadual pada 15 April hingga 3 Mei.
Harvinderjit berkata mereka hanya ada dua hari untuk bersedia dalam kes SRC International ini, dan justeru meminta mahkamah menetapkan tarikh lain.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Nazlan bertanya kepada peguam sama ada ia boleh dilakukan pada 1 April.
Suhaimi memberitahu bahawa tarikh itu tidak sesuai kerana mereka memerlukan masa untuk memanggil saksi, dan berkata pihak pendakwa bercadang membuat permohonan kepada ketua hakim negara memberi keutamaan kepada kes SRC International berbanding 1MDB.
"Kami sedang menimbang untuk menulis kepada ketua hakim negara agar kes ini dapat diutamakan berbanding 1MDB. Sekurang-kurangnya kes ini boleh diteruskan," katanya.
Pihak pendakwa dan pembelaan kemudian terus memberikan hujah mereka berkenaan tarikh yang sesuai, sbelum Nazlan memutuskan perbicaraan akan bermula pada pukul dua petang, Rabu ini.

1 comments:

Unknown said...

Kesian kat najib. Jom kita satu dunia solat hajat agar jibby di jauhkn dr sungai buloh.


Ha ha ha hadi bole pimpin solat hajat sb dia x pernah menipu.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena