Wednesday 27 March 2019

[Video Dewan Rakyat - SAYA TAK BOLEH Tidur Malam] MAS PERLU DISELAMATKAN tanpa perlu dijual kepada syarikat asing! Boss AirAsia tak minat ambil alih MAS.

Rabu, 27 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH
*MAS PERLU DISELAMATKAN TANPA PERLU DIJUAL KEPADA SYARIKAT ASING*
1. Baru-baru ini, pelbagai berita telah hangat diperkatakan di media mengenai hala tuju dan pegangan kerajaan dalam syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS). Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) berharap agar satu solusi yang kukuh dan bersifat jangka masa panjang dapat diambil, tanpa memberi kesan kepada kewangan kerajaan dan semua pihak berkepentingan MAS.
2. Sejak tahun 2001, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan hampir RM24 bilion hanya untuk memastikan MAS dapat terus beroperasi, tanpa mengalami risiko gulung tikar. Malah, melihat prestasi kewangan MAS ketika ini, dijangkakan kerajaan akan terpaksa meneruskan suntikan dana ke dalam syarikat penerbangan tersebut.
3. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud MAS tidak pernah menyumbang jasa dan kemajuan kepada negara ini sepanjang penubuhannya 47 tahun dahulu. Sebagai “flag carrier” Malaysia, MAS bukan sahaja telah meningkatkan peranan sektor pengangkutan tempatan, malah juga telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa menerusi kualiti penerbangan yang diiktiraf oleh banyak pihak dan seterusnya merangsang pelbagai produk ekonomi negara terutama sektor pelancongan. MAS tidak boleh ditutup begitu sahaja.
4. Justeru, untuk memastikan kelangsungan operasi MAS, Pemuda AMANAH ingin mencadangkan agar Kerajaan Malaysia mengembalikan pemilikan MAS ke tangan pelabur swasta seperti sebelum tahun 2014. Pemuda AMANAH menyarankan agar MAS disenaraikan semula di Bursa Malaysia supaya para pelabur swasta seperti institusi pelaburan dan pelabur runcit tempatan juga dapat membeli saham syarikat penerbangan tersebut, dan kerajaan disarankan untuk mengurangkan pegangan ekuitinya daripada 100% ketika ini, kepada sekitar 30%.
5. Langkah ini akan dapat membantu kerajaan kerana pada ketika ini, kerajaan menanggung 100% kerugian MAS. Pada masa yang sama, kerajaan digesa untuk memegang “golden share” dalam MAS selepas proses penyenaraian di pasaran saham, supaya kerajaan masih mempunyai kata putus dalam beberapa aspek pengurusan MAS walaupun hanya memegang ekuiti minoriti. Ini dapat memastikan agar identiti MAS sebagai syarikat penerbangan nasional dapat terus dipelihara. Justeru, pegangan ekuiti majoriti MAS tidak perlu dijual kepada pelabur atau syarikat luar negara supaya peranan MAS di Malaysia tidak berkurangan pada masa hadapan.
6. Pemuda AMANAH juga ingin mencadangkan agar beberapa individu yang pernah menyumbang ke arah kecemerlangan MAS pada zaman kegemilangannya dilantik semula ke dalam lembaga pengarah MAS. Ini termasuk Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas ketua pegawai eksekutif MAS pada tahun 80-an yang telah memperbaiki kedudukan kewangan MAS.
7. Di samping itu, salah satu "growth engine" MAS yang perlu diberikan perhatian khusus adalah perkhidmatan penerbangan kos rendah Firefly. Pemuda AMANAH berpandangan potensi subsidiari MAS ini belum dioptimasikan. Ketika ini, operasi Firefly hanya di Lapangan Terbang Subang dan menggunakan kapal terbang bersaiz kecil. Pemuda AMANAH ingin mencadangkan agar model operasi Firefly ditukar dan dibentuk selari dengan strategi dan model AirAsia.
8. Pelan pemulihan kedudukan kewangan MAS yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah gagal. Pelan berkenaan menjangkakan MAS mencatatkan keuntungan pada tahun 2017, namun syarikat penerbangan itu terus mengalami kerugian pada tahun 2017 dan 2018. Sejak pengambilalihan MAS oleh Khazanah pada akhir 2014, syarikat penerbangan tersebut telah merekodkan kerugian terkumpul RM2.4 bilion untuk tahun 2015-2017 dengan nilai pelaburan sebanyak RM6 bilion. Justeru, tadbir urus baik korporat (corporate good governance) perlu diberikan penekanan utama dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan MAS.
9. Selaku pemilik MAS, Khazanah telah menerima tempias daripada prestasi buruk MAS di mana MAS merupakan salah satu sebab utama di sebalik kerugian besar Khazanah pada tahun 2018. Hampir separuh daripada RM6.3 bilion kerugian sebelum cukai Khazanah tahun lepas adalah berikutan rosot nilai yang dilakukan terhadap pelaburan atas MAS.
10. Oleh demikian, Pemuda AMANAH amat mengharapkan kebijaksanaan kerajaan Pakatan Harapan mampu mengambil langkah penyelesaian yang terbaik dan holistik dalam isu MAS dengan melakukan kajian yang mendalam dan menyeluruh termasuk perbincangan dengan semua "stakeholder" MAS.
*FAIZ FADZIL*
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH
ADUN Permatang Pasir
25 Mac 2019

MAS mampu dipulihkan, tetapi bos AirAsia tak minat ambil alih

Cadangan supaya syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAS) gulung tikar bukan suatu keputusan yang bijak, kata pengasas bersama dan CEO Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.
Walau bagaimanapun, katanya, beliau tidak berminat mengambil alih syarikat berkenaan.
"Terdapat ramai yang hebat di Malaysia Airlines, ia adalah jenama yang baik ... Saya fikir ia boleh dipulihkan.
"Saya fikir bukan idea bijak untuk menutupnya, harus ada usaha untuk memulihkannya," katanya kepada Channel News Asia di Singapura.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena