Wednesday 27 March 2019

[Video Dewan riuh kerana 'orang tua' mengamuk?] Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM.

Rabu, 27 Mac 2019

KiniTV
Dewan Rakyat menjadi riuh dengan panggilan orang tua yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kasim daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk MAhfuz Omar. Kemudian Shahidan mengarahkan Mahfuz menarik balik panggilan 'orang tua' itu sekaligus menajdikan dewan riuh dengan gelak ketawa.
Imej mungkin mengandungi: 8 orang

Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM

Individu yang terlibat dalam kejadian kekecohan di seberang jalan Restoran Amjal, di pintu masuk Universiti Malaya di Kuala Lumpur ketika majlis sembang santai bersama bekas perdana menteri Najib Razak akan dikenakan pertuduhan di mahkamah tidak lama lagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata kertas siasatan mengenai kejadian itu telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara semalam dan keputusan telah dibuat.
"Pihak Polis Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di mana 15 laporan telah dibuat dan 28 rakaman percakapan telah diambil dan siasatan telah selesai.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak AG semalam dan telah dapat keputusan.Tindakan selanjutnya akan diambil untuk membuat pertuduhan terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang berkaitan," maklum beliau kepada Malaysiakini.
Mazlan berkata pihak polis merekodkan kenyataan daripada 28 individu mengenai kejadian tersebut.
Plakad karikatur sindir Najib
Kekecohan tercetus selepas penyokong Najib menghampiri enam siswa Universiti Malaya (UM) yang memegang plakad mengkritik dan menyindir bekas perdana menteri. Ini termasuklah plakad karikatur menyindir Najib berwajah badut.
Anggota Majlis Tertting Umno, Lokman Noor Adam yang mengetuai beberapa penyokongan mengoyakkan plakad karikatur berkenaan.
Ketika kekecohan, seorang lelaki mencekik pelajar UM Wong Yan Ke dari belakang dan memukulnya.
Pada suatu kenyataan kemudian, Lokman mendakwa lelaki tersebut hanya lalu di situ dan terkejut dengan tindakan siswa berkenaan.
Pemimpin Umno itu juga menyifatkan penuntut UM terbabit sebagai "penyokong DAP" yang sepatutnya berterima kasih kepada penyokong Najib yang menyelamatkannya draipada dipukul.
Seorang anggota Umno juga membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan mendakwa pelajar terbabit melakukan provokasi.
Selepas kekecohan itu, Lokman dan pemimpin akar umbi Umno mendekati dua wartawan pelatih Malaysiakini yang membuat liputan majlis sembang santai Najib itu.
Kedua-dua pemimpin Umno yang terkejut dengan laporan Malaysiakini mengenai kejadian pelajar UM dan penyokong Najib itu kemudiannya mengasari dua wartawan pelatih itu secara fizikal dan lisan.
Wartawan pelatih Malaysiakini telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena