Wednesday 20 March 2019

[Video SELEPAS ANJING LOMPAT, KINI TERKENCING DAN TERTIDUR] Label TALIBAN sebanyak 138 kali! Adakah PAS berani menyerahkan memorandum bantahan kepada MCA?

Rabu, 20 Mac 2019
Jom Channel
Thomas berhujah ini dapat dilihat dalam permohonan pihak pembelaan yang mahu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Peguam Negara menarik balik sijil pemindahan kes dan mahu perkara itu didengar semula dihadapan hakim yang lain. "Kedua-dua pihak setuju bahwa perkara itu harus dibicarakan di mahkamah tinggi. Tiada pertengkaran mengenai perkara ini.” "Namun, perayu cuba menimbulkan pelbagai isu untuk menangguhkan perbicaraan, pada setiap peringkat kes ini.” "Cabaran mereka terhadap kuasa pendakwa raya dalam rayuan ini tidak berasas dan kami berharap agar rayuan ini ditolak" kata Tommy, dipetik Bernama.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, meme dan teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Adakah PAS berani menyerahkan memorandum bantahan kepada MCA, sekutu baru mereka yang telah melabelkan PAS dan UMNO sebagai Taliban sebanyak 138 kali?
Minggu lepas, saya telah membongkarkan bahawa pemimpin-pemimpin MCA pernah melabelkan PAS dan UMNO sebagai Taliban sebanyak 138 kali dalam kenyataan rasmi mereka. Namun MCA, PAS dan UMNO membisu atas pembongkaran ini, seolah-olah ia tidak pernah berlaku.
Semalam Pemuda PAS telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap pemimpin DAP di ibu pejabat DAP. Adakah PAS juga akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap pemimpin-pemimpin MCA di ibu pejabat MCA?
Tindakan PAS untuk mensasarkan pemimpin DAP dan bukan pemimpin MCA mendedahkan sikap hipokrit PAS.
Semasa pilihanraya pada tahun 2004, MCA telah menabur wang untuk membuat iklan di suratkhabar Cina dengan gambar Regim Taliban merobohkan patung-patung Buddha untuk menakutkan pengundi-pengundi Cina terhadap PAS.
MCA sampai hari ini tidak menarik sebarang kenyataan yang melabelkan PAS dan UMNO sebagai Taliban. MCA juga tidak pernah memohon maaf atas iklan Taliban dan propaganda untuk menakutkan pengundi Cina. Namun, PAS langsung tidak menyerang MCA sebaliknya menyalahkan DAP.
Saya mencabar PAS supaya membuat bantahan keras yang sama dan menyerahkan memorandum ke ibu pejabat MCA ke atas pemimpin-pemimpin MCA yang melabelkan PAS dan UMNO sebagai Taliban.
Kenyataan Media oleh Setiausaha Publisiti DAP Perak merangkap Adun Keranji pada 19 Mac 2019.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena