Wednesday 20 March 2019

[Video Masa buat perjanjian ECRL dulu, kenapa tak soal? Dr M jawab Ismail Ha ha ha haaa] Apasal Pas dulu baik. Pas loni jauh tersasar dari perjuangan? Juzfadli kuat membawang kena Checkmate juga akhirnya! Bantuan makanan kepada mahasiswa jika dana cukup, kata PM.

Rabu, 20 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai, teks dan luaran
Pas dulu baik. Pas loni jauh tersasar dari perjuangan. 
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Boom. Checkmate.
Kami Viral
「Bantuan makanan mahasiswa」的圖片搜尋結果

Bantuan makanan kepada mahasiswa jika dana cukup, kata PM


Kerajaan bersedia menyalurkan bantuan makanan kepada penuntut universiti awam sekiranya mempunyai peruntukan kewangan mencukupi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan kebajikan mahasiswa terjaga dalam pelbagai aspek.
“Kita akan cuba. Kalau kita ada duit banyak kita boleh beri ‘full meal’ kepada semua orang tetapi duit kita telah dicuri.
“...Dan orang yang curi duit itu sekarang ini jadi bos mereka...bos orang tertentu... jadi sukar kita nak urus. Mungkin duit yang dicuri itu ada di mana kita tak tahulah... bawalah balik bagi kepada penuntut-penuntut ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas laporan bahawa ada dalam kalangan mahasiswa sebuah universiti terpaksa mengikat perut kerana kekangan kewangan dan mereka yang terpaksa berdepan dengan situasi itu kebanyakannya daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihak berkuasa sentiasa mengawasi keselamatan persekitaran masjid di seluruh negara bagi mengelak sebarang kejadian buruk.
“Kita selalu mengawasi masjid tetapi kita tahu jumlah masjid ini banyak. Kita juga tahu jumlah kuil juga banyak jadi kita bergantung kepada akal fikiran penduduk negara ini," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini dilaporkan berkata anggota polis diarah memantau kuil dan gereja di negara ini susulan insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas yang mengakibatkan 50 orang maut dan puluhan lain cedera termasuk tiga rakyat Malaysia.
Tegas Dr Mahathir: “Jangan ambil tindak balas kerana kalau kita ambil tindak balas, orang lain akan ambil tindak balas di tempat lain pula, jadi kita akan hadapi masalah berpanjangan.
"Sebab itu dari segi ‘common sense’ (ikut akal fikiran) janganlah kita cuba balas dendam. Balas dendam akan mengundang balas dendam lain," kata beliau.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena