Friday 29 March 2019

[Video Jebat Derhaka dibiayai oleh PH, Polis, DAP dan Cina?] Bila lidah rasmi walaun Pas jadi batu api, kesian! Hari Rabu minggu depan bermula perbicaraan kes SRC, kes 2.6billion dan lain² belum lagi..Mereputlah bosskur!

Jumaat, 29 Mac 2019
Bila lidah rasmi Walaun Pas jadi batu api...kesian!
Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, teks
Otai BERSIH
Hari Rabu minggu depan bermula perbicaraan kes SRC, kes 2.6billion dan lain² belum lagi. 
Mereput penyamunkur dalam penjara.


Pendakwa minta perbicaraan 1MDB ditangguh, beri laluan kes SRC

Pihak pendakwa kes SRC International bekas perdana menteri Najib Razak akan menulis kepada Ketua Hakim Negara Richard Malanjum untuk memohon kes tersebut diberi keutamaan berbanding perbicaraan 1MDB, kata sumber.
Sumber itu memberitahu Malaysiakini yang pihak pendakwa perlu mendapatkan keputusan Malanjum sebelum kes SRC International mula didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu ini.
"Ini bermakna kami perlu menghantarnya (surat) tepat pada masanya untuk ketua hakim membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata pihak pendakwa berharap Malanjum dapat menangguhkan tarikh kes 1MDB untuk "memberi laluan" kepada perbicaraan SRC International.
Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan perbicaraan kes itu akan dimulakan Rabu ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenepikan arahan penangguhannya.
Bagaimanapun tarikh perbicaraan selanjutnya belum ditetapkan kerana Najib juga dijadual hadir ke mahkamah bagi pertuduhan berkaitan 1MDB dari 15 April hingga 3 Mei ini.
Pendengaran kes SRC International pada asalnya dijadual bermula 12 Februari lalu tetapi ditangguhkan ekoran beberapa rayuan yang difail Najib.
Minggu lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan peguam bela Harvinderjit Singh untuk menangguhkan pendengaran kes SRC International.
Ia selepas mahkamah menolak tiga daripada empat rayuan Najib, iaitu perintah larangan untuk media membincangkan kes itu (gag order), permintaan dokumen berkaitan kes, dan berkenaan pemindahan kes tersebut dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Najib berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Malaysiakini.

3 comments:

Lone ranger pomen said...

Ade lagi ke harakah ni. Lama tak nampak.

PokAmid said...

Huru Hara kahkahkah!!!

Unknown said...

Ini briged kibaran bendera terbalik
Ke.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena