Thursday 21 March 2019

[Video BN langsung TAK PAKAI OTAK, Dewan Rakyat gamat] DULU, korang gantung Kit Siang 6 bulan rilek je orang tua tu.. Bila @mynohomar kena gantung 3 hari jer dah merajuk keluar dewan? Kamu tu OKT! Najib tidak berhak terima dokumen tambahan, kata mahkamah.

Khamis, 21 Mc 2019
KiniTV
Sidang Dewan Rakyat hampir gamat apabila barisan pembangkang tidak berpuas hati dengan perkataan yang digunakan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi di mana beliau melabelkan 'BN tak pakai otak' dalam menyelesaikan masalah rakyat sewaktu berkuasa. Apabila ditegur Speaker Dewan Rakyat yang dianggap kurang manis, Wong bagaimanapun menukar kepada tidak bijaksana.
相關圖片
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan teks
DULU.. korang gantung Lim Kit Siang 6 bulan rilek je orang tua tu aku tengok.
SEKARANG.. bila @mynohomar kena gantung 3 hari jer dah merajuk keluar Dewan macam pondan. Siap ajak member ramai² lagi keluar Dewan plok tu.

Fahamkan ayat ni tau Najib Razak TIDAK BERHAK!
Kamu tu OKT, TIADA HAK untuk mendapatkan dokumen tambahan, kerana TAKNAK KAMU GANGGU SAKSI. Faham?
Dan kamu TIDAK BERHAK MENEGAH ATAU MENGHALANG MEDIA dan ORANG AWAM MEMBINCANGKAN KES YANG MELIBATKAN KAMU.
Ini bukan zaman bn memerintah, yang kamu nak menegah dan menghalang media dan orang awam dari bercakap dan membincangkan kes rasuah dan salahlaku kamu.
Ini zaman PH memerintah dan rakyat diberikan hak bersuara.
Eh? Apasal nak tegah dan menghalang media dan orang membicarakan kes kamu? Malu ke? Bukan ke selama ini kamu yang berkempen #maluapabosskurr? Dok malu apa.. malu apa, bila kena kena masuk mahkamah hadapi perbicaraan, tau pula malu. Ke.. takut rakyat terutama orang-orang umno dan pas tahu yang kamu sememangnya takut dan terkencing-kencing dalam mahkamah, dengan muka nak menangis dan takut?


Najib tidak berhak terima dokumen tambahan, kata mahkamah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Najib Razak bagi mendapatkan dokumen tambahan dalam persediaan perbicaraannya berkaitan kes SRC International.
Dalam keputusan sebulat suara, hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, Najib tidak berhak mendapat dokumen sulit berkenaan sebelum perbicaraan bermula.
“Ada kemungkinan gangguan ke atas saksi dan (oleh itu) kami tidak boleh membenarkannya,” katanya.
Zabariah juga menolak rayuan Najib untuk mendapatkan perintah tegah siar bagi menghalang media dan orang awam membincangkan kes melibatkan bekas perdana menteri itu.
“Tiada alasan untuk kita keluarkan perintah tersebut,” katanya.
Beliau berkata, dalam kedua-dua kes rayuan tersebut, hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak melakukan kesilapan dari segi fakta dan undang-undang dalam keputusan yang dibuat beliau sebelum ini.
Sementara itu, hakim Lau Bee Lan yang turut mengemukakan alasan penghakiman beliau secara lisan, menolak rayuan Najib memandangkan Nazlan telah membenarkan pendakwa raya menarik balik sijil untuk memindahkan 7 pertuduhan ke atas Najib dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Katanya, Nazlan telah memberikan peguam Najib hak untuk didengar sebelum membuat keputusannya.
Beliau berkata, hakim itu juga betul apabila menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah untuk memindahkan semula kes tersebut ke mahkamahnya untuk dibicarakan.
Peguam Negara Tommy Thomas, yang juga merupakan pendakwa raya, telah mengeluarkan sijil berkenaan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah untuk memindahkan kes Najib dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Terdapat sedikit kelegaan untuk Najib apabila hakim Rhodazriah Bujang memerintahkan Thomas supaya mengemukakan salinan surat pelantikan Sulaiman Abdullah sebagai pendakwa ad-hoc.
“Komunikasi sulit antara anak guam dan peguam di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan, seperti yang dihujahkan oleh peguam negara tidak terpakai dalam kes ini,” katanya.
Panel 3 hakim itu mendengar penghujahan kedua-dua pihak sejak 2 minggu lalu sebelum membuat keputusan hari ini.
FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena