Sunday 17 March 2019

[Video Pengkritik tak tahu apa-apa tentang automotif, kata Dr M] Bravo EggBoy, come to Dubai "I give you ferrari"! NoPas Kedah Kemaruk Kuasa? Ahli-ahli Pas tegar dah riuh sakan, seronok gila bila baca viral hayalan yang disebar pewalak tegar.

Isnin, 18 Mac 2019
KiniTV
Selepas melancarkan Festival GT Asia hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata langkah menambah baik penguasaan Malaysia dalam bidang kejuruteraan automotif akan membantu perkembangan negara. Merujuk kereta Proton Saga yang digunakan dalam acara hari ini, Mahathir berkata banyak teknologi digunakan dalam pembuatan kereta. "Anda lihat 70 kereta (Proton) Saga dan mereka kedengaran seperti F1 (kereta Formula 1), tetapi orang fikir kereta kita tak bagus. "(Mereka kata) Jangan beli kereta Malaysia, beli kereta luar. Jangan mulakan kereta nasional ketiga sebab ia tak baik," katanya dengan nada menyindir. Mahathir berkata China mengorak kemajuan besar atas penglibatannya dalam bidang automotif. "Anda fikir (pengkritik projek kereta nasional ketiga) tahu teknologi yang terlibat (dalam pembuatan kereta)? "Kita (Malaysia) tak tahu apa-apa tentang kejuruteraan automotif. Sebab itu kita (mahu) perkenal kereta nasional ketiga - untuk belajar. "Tolong belajar untuk belajar. Orang Malaysia fikir mereka tahu semua," katanya lagi ketika ditemui pemberita di Litar Antarbangsa Sepang. Terdahulu, Mahathir menaiki kereta NIO EP9 - sebuah kereta elektrik berkuasa tinggi - dan dibawa membuat satu pusingan oleh pelumba kereta negara Jazeman Firhan Jaafar. Acara tiga hari itu julung kalinya diadakan di luar China. Ia anjuran bersama Country Heights Holdings Bhd dan syarikat negara itu Goldenport Enterprises.
Tiada penerangan foto disediakan.
Woww....
Mengidam Kuasa
Di Kedah
PH ada 18 kerusi, Umno ada 3 kerusi, Pas ada 15 kerusi. Ikut logik dah boleh tubuh kerajaan NoPas di Kedah
Tapi kenapa tak boleh tubuh? Sepatutnya, Pas tanya Umno bukan meroyan viral konon akan tertubuhnya Kerajaan NoPas di Kedah
Di Perak
PH ada 29 kerusi, Umno ada 27 kerusi, Pas ada 3 kerusi. 2 kerusi yang lompat Umno ada pengalaman tarik balik
Ikut logik dah boleh tubuh kerajaan NoPas di Perak
Tapi kenapa tak boleh tubuh? Pas yang nampak bersungguh viral habis berita-berita lama, Umno macam tak da apa-apa
Peluang dah di depan mata, Pas harap masa ni lah kerjasama NoPas diperlukan merampas kerajaan Kedah dan Perak
Merasalah Adun Pas jadi MB dan Exco dalam Kerajaan NoPas di Kedah dan Perak
Ahli-ahli Pas tegar dah riuh sakan, seronok gila bila baca viral hayalan yang disebar pewalak tegar
Tapi dah nak masuk 2 bulan. Tak ada apa-apa pun
Puak kemaruk kuasa dalam Pas mula tak puas hati. Kerjasama NoPas tak bagi untung kepada mereka
Maka, kena cari peluang kot lain nak dapat kuasa.
Jika tak ambil peluang masa ini, lepas ni makin payah. PH dah mula perbaiki prestasi. Prestasi Menteri dah makin baik.
Peluru Pas terhadap sasaran utama iaitu Menteri Agama dah mula makan diri.
Serang isu hina Nabi, dah macam sama Mca serang Menteri Agama
Serang isu himpunan lgbt, dah macam sama CT Kasim serang Menteri Agama
Serang isu Zakir Naik, dah macam sama lateefa koya serang Menteri Agama
Jika Menteri Agama dah tak boleh diserang. Pas sudah tidak boleh cari makan.
Pas kena cari peluang lain bukan lagi dengan Umno. Peluang kot mana? Melalui kaki-kaki dalam PH. Dah ada usaha ke arah itu
Tunggulah masanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena