Saturday 23 March 2019

[Video NAJIB 'HILANG ARAH' Apabila Rayuan Ditolak] Bila polis nak angkat Lobak Koyak ni..Suka2 hati pukul anak orang & Polis siasat pergelutan penyokong Najib, pelajar UM.

Ahad, 24 Mac 2019
jom Channel
MENARIK DALAM RENTASAN 470 1. APA NAK BUAT JIKA TAK MAU DIGELAR TALIBAN? 2. NAJIB MAHU LENGAHKAN PERBICARAANNYA? 3. MAHKAMAH KHAS - PERLUKAH? 4. BERGERAK KE HADAPAN, BUKAN KE BELAKANG
Imej mungkin mengandungi: melukis
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk dan teks
Bila polis nak angkat Lokman Noor Adam ni. Suka hati pukul anak orang.
Pakatan Harapan Supporters

UM students who were manhandled by Umno supporters say they had protested against PH, too

Polis siasat pergelutan penyokong Najib, pelajar UM

Polis menyiasat insiden pergelutan melibatkan penyokong bekas perdana menteri Najib Razak dan sekumpulan pelajar Universiti Malaya yang berlaku semalam di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan adalah bagi kesalahan melakukan gaduh-gempar yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian semalam, sekumpulan tujuh pelajar Universiti Malaya mengadakan bantahan di seberang jalan Restoran Amjal di hadapan Universiti Malaya, Kuala Lumpur ketika Najib sedang berucap.
Penyokong Najib termasuk Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam kemudian menghampiri kumpulan pelajar berkenaan dan seterusnya berlaku pergelutan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dalam kenyataan media berkata polis akan mengambil tindakan sekiranya mana-mana pihak melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.
Seksyen berkenaan menyatakan agar polis dimaklumkan 10 hari lebih awal sebelum sesebuah perhimpunan diadakan.
Mazlan berkata 12 laporan polis dibuat berhubung pergelutan itu dan 10 saksi sudah diambil keterangan.
Mazlan juga berkata tujuh pelajar berkenaan dibawa ke Balai Polis Pantai ketika kejadian untuk mengelak
daripada berlakunya insiden yang lebih buruk. Mereka juga sudah diambil keterangan sebagai saksi.
Selain pergelutan itu, Lokman dan beberapa individu lain didakwa mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wartawan pelatih Malaysiakini yang membuat liputan program berkenaan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena