Thursday 28 March 2019

[Video REMBAT DUIT UMNO - ANTARA MALU DAN KHIANAT] Under PH, Malaysia steady aje! Bantuan Pelajar Universiti akan dibayar mulai 28 Mac! ISTANA SEGAMBUT BERSERABUT? Sambil kita tunggu kesudahannya moga BN menang di Rantau..

Khamis, 28 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Putri Reformasi kongsi sebab 'patah hati'..
Otai BERSIH
*KELUARGA "ISTANA SEGAMBUT" BERSERABUT*
Ia bermula dengan label yang Nurul Izzah sendiri beri pada PM Tun Dr Mahathir iaitu "bekas diktator".
Dalam kenyataan "patah hati"nya pada The Straits Times Singapore Nurul turut membongkar beberapa perkara lain mengenai kerajaan PH bawah pimpinan Tun yang mengecewakannya.
Nurul tidak puas hati isu Pengerusi PAC, isu Bersatu bawah pimpinan Tun menerima ahli-ahli Parlimen Umno yang lompat parti, isu kelembapan PH menunaikan manifesto pilihanraya, isu reformasi Parlimen dan lain-lain.
Benar beliau tidak sebut Tun diktator tetapi bekas diktator. Namun bagi mereka yang cerdik apabila dikaitkan bekas diktator itu dengan ketempangan semasa bermakna maksud Nurul tidak banyak berubah pada sikap si bekas diktator dulu dan kini.
Nurul sendiri ahli Parlimen, papanya juga ahli Parlimen ("bakal PM" pula) dan Presiden parti komponan PH dan mamanya ahli Parlimen dan Timbalan PM
Jika apa yang disuarakan Nurul itu membawa kepada "patah hati" nya bermakna walau anak-beranak ini dalam kerajaan, banyak yang tidak dapat dilakukan, kerana apa? Kerana bekas diktator seakan menjadi diktator kembali!
Tetapi Tun dipilih secara demokratik dalam Pilihanraya Umum lalu. PH yang naikkan beliau sebagai PM bukan beliau lantik dirinya sendiri, kata Presiden PAS DS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Tun pemimpin yang tegas kata Tuan Guru. Mungkin ketegasan itu tidak disenangi pasukan anak-beranak ini lalu dilabel lah Tun diktator kerana sesungguhnya ada agenda tersembunyi di belakangnya.
Dulu pun Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor begitu. Tegas dan telus lalu dilangkah kepalanya dengan "Langkah Kajang" demi mahu gantikan Tan Sri dengan mama Nurul.
Mungkinkah isu diktator ini mainan untuk melangkah kepala Tun.pula? Barangkali itulah dihidu Tuan Guru.
Sementara itu papa pula melabel kenyataan Tuan Guru sebagai membodek. Katanya:
"PAS nak kipas? Tak payahlah".
Apa rasionalnya Tuan Guru dan PAS mahu membodek selain menyata yang benar. Itupun mendorong keluarga "Istana Segambut" melenting.
Kami sekeluarga akan terus sokong Tun kata Anwar tetapi Nurul yang serang Tun.
Apa kesudahan semua ini?
Hanya Anwar dan keluarga yang tahu dan Tun saya pasti sedang menunggu untuk bertindak.
Sambil kita tunggu kesudahannya moga BN menang di Rantau...😂😂
TUN.PULA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena