Sunday 24 March 2019

[Video Tun M: SAWIT - Eropah Berbohong] Selamat Tinggal PAS..Tiada lagi kenderaan merentasi sempadan! Dato Panglima Perang ni jenis berani dalam gelanggang sendiri? MP Kangar lapor Lokman pada polis isu kes Adib.

Isnin, 25 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Otai BERSIH
Selamat Tinggal PAS..Tiada lagi kenderaan merentasi sempadan untuk pulang mengundi..kena undi dimana alamat sebenar, jika alamat di KL, undilah di KL.. hihihi
Pengundi rentas sempadan adalah deposit PAS dinegeri pantai timur khasnya Kelantan, tanpa undi mereka nanti, sukar PAS untuk bertahan..

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Ana dimaklumkan Dato Panglima Perang dari parti ana hadir dalam mesyuarat dengan Perdana Menteri bincang pasal rahmatan lil alamin ni. Tapi sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut Dato panglima perang dalam mesyuarat tersebut tentang rahmatan lil alamin. Bila balik negeri Kelantan baru Panglima perang buka mulut. Nampak gaya jenis berani dalam gelanggang sendiri saja singa parti ana ni.

MP Kangar lapor Lokman pada polis isu kes Adib

Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad membuat laporan polis terhadap Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang didakwa memfitnahnya berhubung kes anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Noor Amin berkata Lokman melalui laman Facebooknya semalam memfitnahnya konon beliau mengugut seorang jururawat yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) dikenali sebagai Cik Miera, yang mendedahkan keadaan sebenar Muhammad Adib.
Individu yang dikenali sebagai Miera itu mendakwa anggota bomba itu sebenarnya dipukul, sekali gus menafikan keterangan pakar forensik dalam inkues yang menyatakan kecederaan dialaminya tidak menunjukkan seperti arwah dipukul.
"Saya minta gadis itu memberi keterangan dan tidak menyembunyikan kebenaran jika kenyataannya itu benar," katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar hari ini.
Noor Amin, yang juga Ketua Cabang PKR Kangar, berkata beliau menghantar mesej kepada Miera memintanya tampil menjadi saksi pada inkues Muhamad Adib selepas gadis itu mengeluarkan kenyataan di laman sosial bahawa anggota bomba itu telah dipukul.
Beliau berkata tuduhan Lokman kononnya beliau mengugut jururawat itu boleh memberi ancaman kepadanya dan beliau telah meminta polis menjalankan siasatan terhadap fitnah Lokman.
Noor Amin juga tidak menolak kemungkinan mengemukakan saman terhadap Lokman yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu.
"Saya tak gertak atau ugut gadis itu dan tuduhan Lokman itu boleh memberi implikasi besar dan mengganggu proses siasatan kes berkenaan," katanya.
Noor Amin turut meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil membantu siasatan.
Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan menghembuskan nafas akhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.
Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena