Wednesday 27 March 2019

[Video Azeez: Kalau begini cara kami tak payah datang Parlimen lah] Apasal kini MCA dipuja diangkat disanjung oleh lebai2 PAS? Sejarah tak pernah menipu la walaun! Mahkamah tolak penangguhan, kes SRC Najib bermula tak lama lagi.

Rabu, 27 Mac 2019
KiniTV
Dewan Rakyat sedikit panas apabila Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta untuk laluan bertanya soalan tambahan tidak dibenarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Abdul Rashid Hasnon. Azeez bangun untuk bertanya kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chien Jen berkenaan B40. Sebelum itu Chong Chien Jen sedang memberi jawapan berkenaan soalan yang ditujukan berkaitan langkah untuk mengatasi peningkatan harga makanan di bandar-bandar utama yang memberi kesan kepada golongan B40. Kemudian dua soalan tambahan telah dikemukakan oleh Anggota Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Mat dan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustafa Mohammed.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks


Sejarah Tak Pernah Menipu..
Pada tanggal 22/10/2012 di dalam Dewan Rakyat yg mulia, DAP berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA menuduh arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.
SEWAKTU.. Anthony Loke Siew Fook (yg kini Menteri Pengangkutan) dilaporkan begitu bersemangat mempertahankan TGNA daripada penghinaan berterusan MCA sehingga menepuk meja Parlimen ketika itu, Speaker Dewan dgn segera mematikan mikrofon beliau dan menghalang beliau dari terus berhujah.
MALAH TIADA SEORANG PEMIMPIN UMNO ketika itu nak membidas MCA.. #UmnoDahBacul ??!
TAHUKAH ANDA.. Anthony Loke telah menerima surat penghargaan (bertarikh 25/10/2012) drpd TGNA sendiri kerana keberanian beliau pertahankan TGNA.
Harakahdaily juga memetik Anthony sebagai berkata bahawa, “Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam.”
HAKIKATNYA, setelah pemergian arwah TGNA.. kini MCA dipuja diangkat disanjung oleh lebai2 PAS malah sanggup bekerjasama dgn MCA.
* Sejarah tak pernah menipu. MCA juga dipeluk cium sekarang.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

 Mahkamah tolak penangguhan, kes SRC Najib bermula tak lama lagi

Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi.
Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.
Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum, yang mengetuai tujuh hakim, menyampaikan keputusan mereka selepas mendengar hujah dari peguam Najib, Harvinderjit Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwa.
"Kami sebulat suara (mendapati) bahawa dalam perintah penangguhan prosiding oleh Mahkamah Rayuan, kami berpendapat bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa," katanya.
Malanjum berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar kes itu semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 4 Julai 2018, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos 2018, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama dari dana serupa.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena