Wednesday 27 March 2019

[Video Gobind tegur MP BN gelak ketika bahas isu serang wartawan] Antara Zukri dgn Azeez, siapakah yang anda yakin mahu menyelamatkan TH? 'Kereta Terbang' KJ tak faham budaya bincang dengan pihak berkepentingan? Insentif PH RM4.5 billion utk Skim Pembiayaan Perniagaan & RM1 billion PKS Bumiputera.

Rabu, 27 Mac 2019
KiniTV
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegur Ahli Parlimen BN di dalam Dewan Rakyat hari ini kerana bercakap dan ketawa ketika beliau bercakap tentang keganasan terhadap wartawan. Menteri itu menyampaikan ucapan penggulungannya di parlimen hari ini di mana beliau meminta agar tidak mengugut, mengancam atau menganiaya secara fizikal wartawan, yang dikatakannya hanya menjalankan tugas mereka. Beliau dipercayai merujuk kepada insiden pada Jumaat lalu di mana dua pelatih Malaysiakini diganggu oleh pemimpin dan penyokong Umno ketika mereka ditugaskan untuk menghadiri majlis mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Kuala Lumpur. Selepas Gobind menegaskan keganasan terhadap wartawan, terdapat perbualan dan ketawa yang didengari dari pihak BN walaupun tidak jelas siapa mereka atau apa yang mereka bicarakan. Ia jelas mengundang reaksi dari Gobind. "Mungkin kita gelak di dewan ini, tapi kalau kamu disitu haritu sebagai wartawan yang kena serang itu saya rasa perasaan yb mungkin berbeza" "Jadi kita jangan ketawakan perkara-perkara itu seolah-oalahnya ia perkara yang remeh dimana perkara-perkara itu kita sepatutnya ambil serius YB ya, terima kasih," kata Gobind Gobind berkata keganasan terhadap wartawan tidak boleh diterima dan terdapat cara lain untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap sesuatu yang dilaporkan.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks dan rakaman dekat
Antara Zukri dengan Azeez, siapakah yang anda yakin mahu menyelamatkan Tabung Haji? Parti ana  puas hati dengan Azeez...

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Insentif PH yang telah dilaksanakan lagi -150Juta untuk masjid/surau -tambahan 30Juta untuk finas -4.5billion institut kewangan komersial dan 1Billion untuk PKS Bumiputera -10 untuk tambahan taska 

KJ tak faham budaya bincang dengan pihak berkepentingan?

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming hari ini mengulas twit berbaur sindiran oleh bekas Menteri UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung perkataan “kenderaan terbang” dalam dokumen kajian Dasar Kebangsaan Automotif (NAP).
Jelas Kian Ming, rujukan kepada “kenderaan terbang” tersebut adalah bertujuan untuk mencetuskan wacana mengenai piawaian serta peraturan jika industri automotif negara membuat keputusan untuk menggunakan teknologi sedemikian pada masa hadapan.
“Adalah amat malang bahawa Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin memilih untuk mengetengahkan satu rujukan kecil kepada teknologi khusus (bagi tujuan penetapan piawaian) dalam dokumen perbincangan, daripada memberikan perhatian terhadap cabaran lebih besar yang dihadapi, iaitu bagaimana untuk membangunkan dan mengembangkan seluruh landskap automotif di Malaysia.
“MITI terbuka untuk menimbangkan sebarang cadangan konkrit daripada MP Rembau mengenai sektor automotif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bangi dalam kenyataan, hari ini.
Jelas Kian Ming, dokumen berkenaan adalah sebahagian daripada pembentangan oleh MITI kepada pihak berkepentingan dalam industri automotif yang terbabit dalam semakan semula dasar automotif.
Malah, ia turut memuatkan penafian yang dengan jelas menyatakan dokumen itu adalah draf dan disediakan hanya untuk “tujuan perbincangan dan tertakluk kepada perubahan dan tidak diperakukan kerajaan Malaysia”.
Dokumen itu turut memuatkan perbincangan mengenai projek kereta nasional yang baharu fokus kepada teknologi baharu, termasuk jangkaan kenderaan generasi akan datang (NxGV), yang merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) selaras Revolusi Perindustrian 4.0 dan kecerdasan buatan, serta bercirikan mobiliti sebagai perkhidmatan.
“Tiada langsung disebut kenderaan terbang dalam perbincangan mengenai projek kereta nasional.
“Slaid yang ditunjukkan oleh MP Rembau dalam ciap beliau adalah di bawah topik kecil pembangunan ekonomi dan dalam konteks untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi bagi banyak jenis kenderaan termasuk NxGV, kenderaan komersial dan motosikal yang merupakan EEV dan/atau kenderaan elektrik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Pendidikan Politik DAP.
Malah, jelasnya yang juga suntikan dana sebanyak RM8 juta yang telah disalurkan untuk projek kereta nasional ketiga bukan untuk menghasilkan prototaip kereta terbang.
Malah Ong berkata, tidak disebut mengenai kereta terbang dalam projek kereta nasional berdasarkan dasar automotif yang dikaji.
“Sepanjang pengetahuan saya, prototaip tersebut tidak membabitkan kereta terbang,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena