Thursday 21 March 2019

[Video Sebutan semula kes SRC Najib 3 April] Sedihnya masih ada Melayu yang sanggup diperalatkan oleh penyamun RM2.6 billion! PM NZ, Jacinda Ardern yang terus teguh menyokong masyarakat Islam.

Jumaat, 22 Mac 2019
KiniTV
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bahawa Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes itu bagi menunggu rayuan Najib berhubung permohonan interlokutori di Mahkamah Persekutuan. Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan berkata terdapat kemungkinan perbicaraan kes itu diisytiharkan terbatal berikutan terdapat isu-isu baru di hadapan mahkamah dan menegaskan tiada taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan oleh Najib. Panel itu telah menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan oleh Najib dan bekas Perdana Menteri itu kemudian menfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. Tiga rayuan itu ialah permohonan Najib untuk mendapatkan perintah sekatan terhadap media dan orang ramai daripada membincangkan merit kes jenayahnya, akses kepada dokumen siasatan termasuk keterangan saksi di peringkat praperbicaran dan mengenai penarikan balik sijil pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi oleh Peguam Negara. Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 33 hari bermula 12 Feb hingga 28 Feb dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraan kes itu bagaimanapun ianya ditangguhkan sementara sehingga rayuan Najib selesai didengar di Mahkamah Rayuan. Pada 4 Julai 2018, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Pada 8 Ogos 2018, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama dari dana serupa. Najib,66, yang diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah dengan bersut biru. - Bernama
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, orang makan, teks dan makanan
LANGKAH NEW ZEALAND YANG HARUS DITELADANI DUNIA
Shahbudin Husin
22 March 2019
Saya terharu dengan perkembangan hari ini di New Zealand yang menjalankan sesi tafakur selama dua minit dan menyiarkan seruan azan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional negara itu.
Langkah ini harus dipuji dan ia sebagai cerminan manifestasi New Zealand di bawah teraju Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang terus teguh menyokong masyarakat Islam.
Komitmen ini sangat penting bukan sahaja kepada New Zealand, tetapi isyarat penting kepada seluruh kepemimpinan masyarakat antarabangsa ke arah memelihara keamanan dan kesentosaan sejagat.
Islam mengajak kita meraikan perbedaan. Agama Islam dan penganutnya tidak wajar dimusuhi kerana ajaran Islam mengajak semua menghormati antara satu dengan yang lain.
Insiden di New Zealand itu, menjadi pengajaran kepada semua untuk terus memelihara kedamaian dan tidak sesekali mendukung kebencian yang memecah belah.
Genap seminggu selepas tragedi hitam kemanusiaan di Christchurch, tiada kata dapat menzahirkan apa yang dirasai ahli keluarga mangsa korban.
Doa dan ingatan saya akan terus bersama ahli keluarga, moga terus cekal menempuh detik ini.
ANWAR IBRAHIM
22 Mac 2019.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena